RTM BERMORALKAH?..-Semakin ANTI-RTM-


RTM hanya lulus lagu berunsur nilai moral
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Panel Penilai.
"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata RTM dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan mengapa lagu puisi Aku Bukan Musuh Harta karya bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr. Asri yang dimuatkan dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain. -sumber utusan online-

Uh, nilai moral dan kesantunan bahasa? inikah yang RTM perjuangkan?.. bagi aku semua ini jawapan di sebalik mereka yang sayangkan jawatan, kedudukan dan takut hilang harta pencarian. betul ke ini perjuangan RTM nilai moral dan kesantunan bahasa?. aku tak nampak ini semua.. kenapa aku berkata sedemikian?..

kalau betullah RTM memperjuangkan ini semua, aku pernah mendengar cerita-sahih- yang mengatakan bahawa RTM pernah melarang wanita memakai tudung untuk penyampai berita. Dan mereka yang memakai tudung ditukar ke unit yang lain.

aku yakin anda selalu jugakan tengok siaran RTM, agak kaku, tak kontemporari langsung, siarang tak memuaskan..ah, macam-macam lagi.

nilai moral, bermoral ke artis-artis RTM?.. penyampai berita tak pakai tudung, kadang-kadang agak terhegeh-hegeh, ah malas nk berbicara.

kesantunan bahasa, bagi aku biasa je RTM, bahasanya pun tak de bezanya dengan stesen media yang lain. Korang fikirlah sendiri.

lagu-lagu yang disiarkan di RTM pun banyak lirik-lirik cinta yang lebih mudah terdorongnya remaja ke arah kemaksiatan. Artis pulak terlompat-lompat atas pentas, pakaian pun tak jauh beza dengan punk, skinhead, kekafiran kebaratan. ini dibenarkan pulak!!!! ah, GERAM AKU DENGAN RTM!!!!!!! sabar-sabar!!!...

tapi yang aku hairan pula, lagu yang dilirikkan oleh bekas mufti ini pula diGAM!! bagi aku liriknya teramat bagus, belum ada lagi komposer-komposer artis yang mampu lakukan lirik seperti ini. alasan RTM tak munasabah langsung!!! ada panel RTM??? munkin panel RTM terasa dengan lirik ini, atau mereka tidak suka dengan kelantangan bekas mufti ini.

ANTI-RTM...

'Aku Bukan Musuh Harta'


Lagu/puisi ini di cipta oleh bekas Mufti Perlis Y.BHG DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
namun ia di gam oleh RTM.. kenapa?..
adakah kerana liriknya atau sebaliknya..
atau mungkin orang-orang RTM terasa dengan lirik lagu ini..
pe2 pun bagi saya lagu ini menunjukan realiti kebanyakkan manusia di zaman ini.
berkatalah benar walaupun ia menyakitkan...


video

Bush Di Baling Kasut

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam.
Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran.
Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. - AFP
'kalau org dh benci rasakanlah'..
video

SALAM AIDILADHA


Assalamualaikum...


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi Muhammad s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duannya mereka bermain-main bergembira di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mengantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik iaitu Aidiladha dan Aidilfitri." Hadis riwayat al-Nasaai di dalam sunan al-Nasa'i. hadis no 959.


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk dalam rukun Islam yang lima iaitu iadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar dan keistimewaan Islam semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti lembu, unta, kerbau, kambing dan biri-biri.


Ibadah korban dilakukan sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelihkan anaknya Nabi Ismail a.s kerana kepatuhan dan ketaatan pada Allah Ta'ala. Namun berkat kesabaran kedua-dua beranak ini, ayah dan anaknya ini maka Allah telah mengantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim telah bersedia menyembelih anaknya. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah dalam firmannya iaitu pada Surah al-Soffat:101-108.


Ibadah korban dilakukan sepanjang tahun rentetan dari peristiwa tadi. Ia juga adalah syariat dan sunnah. Binatang-binatang yang dikorban diagih-agihkan dan diedarkan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti miskin, anak yatim, orang Islam yang dihimpit musibah dan lain-lain lagi.


Bila kita berbicara soal pengorbanan, ia bukan sahaja mengorbankan wang untuk manfaat umat Islam. Bahkan pengorbanan juga dinilai dari sudut nyawa menyelamatkan umat Islam yang ditimpa musibah. Cinta juga memerlukan pengorbanan kerana itulah erti sebanarnya cinta. Sesunnguhnya erti pengorbanan amat luas dan tidak akan tamat untuk dibicarakan.


Bersempena dengan Aidiladha ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan 'eid mubarak, kullu 'am wa antum bikhair'.. Raikanlah dan sambutlah Aidiladha ini menurut Sunnah!!!


Wallahu'alam..

Dialah Di Hatiku

Sebelumku mengenalimu,
Ku kesepian,
Bak hidup tepian pantai dipukul ombak,
Batuan pantai mengusik hati,
Agar hilang kesepian hati,
Hari makin berlalu,
Masa makin berlalu,
Akhirnya cahaya sinar kembali menyentuh hati,
Diriku kini sedar,
Ku tidak lagi kesepian,
Ku tersenyum,
Ku terbayang-bayang agar saat bahagia yang selama ini fantasi menjadi realiti,
Hidup ku bermakna,
Hadirnya membawa seribu satu erti,
Akan ku hargai insan sepertinya,
Kerana janji yang ku pegang selama ini akan ku kotakan,
Ku ingin capai saat bahagia bersamanya,
Mudahan ini realiti,
Makin jauh,
Rinduku padanya makin kuat dihati,
Kerana dialah permata hatiku yang ku cari selama ini,
Yang membuatkan diriku tak lagi dipukul ombak,
Tak hanyut dengan fantasi,
Dialah dihatiku...
*puisi khas untuk 'seseorang' d'hatiku*
Kuala Terengganu
260308 / 0125 am

Aliran Islam Liberal, Satu Penghinaan

Apakah Islam Liberal

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan perkataan Liberal sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari’at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia ke taraf binatang.

Jadi apakah yang dikehendaki dengan gelaran Aliran Islam Liberal? Jawapannya dapat kita lihat pada penambahan ’Liberal’ kepada Islam. Ertinya aliran ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang terlampau, yang lebih daripada sedia ada dalam syari’at Islam yang asli lagi tulen dan sesuai untuk sepanjang zaman.

Kenapa lahir aliran Islam Liberal?

Beberapa abad yang lepas, terdapa dua fenomena yang banyak mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama adalah fenomena ’penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh umat Islam. Kedua adalah ’ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa Islam yang tulen bukanlah faktor yang menghalang untuk mencapai kekuatan atau kemajuan. Oleh kerana sesetengah masyarakat meanggap bahawa agama adalah faktor penghalang maka meraka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sebenar. Golongan inilah yang digelar Islam Liberal.

Inilah yang dikatakan Islam Liberal “ iaitu Islam yang terbuka dan bebas daripada belenggu tafsiran lama ke arah tafsiran yang baru lagi segar demi kejayaan umat sehingga meninggalkan dan mengenepikan ajaran Islam yang sebenar’’.

Mereka berpendapat bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama mereka juga berpendapat bahawa agama selain Islam adalah juga benar. Sesungguhnya pendapat mereka ini perlu dinafikan sekeras-kerasnya, kerana agama yang benar adalah Islam, agama di sisi Allah adalah Islam.

Mereka berpendapat bahawa sunnah-sunnah Rasulullah hanya releven untuk masyarakat arab di zaman baginda sahaja. Kenyataan sebegini hendaklah dinafikan dan disanggah seboleh-bolehnya kerana sunnah-sunnah Rasulullah sesuai untuk sepanjang zaman.
Bahaya Islam Liberal.

Jika sebelum ini kaum Yahudi dan Nasrani telah mengubah agama mereka, maka kini kita juga ada sebahagian umat beraliran Islam Liberal yang mengubah ajaran-ajaran Islam. Sekiranya kita mengkaji lebih mendalam tentang manhaj atau method aliran Islam Liberal, mudah untuk kita simpulkan bahawa mereka adalah sekelompok manusia yang menyembah akal dan mempertahankan peradaban Barat dalam beragama. Mereka mencari kejayaan bukan dengan mengikuti manhaj yang diredhai oleh Allah tetapi dengan manhaj mengikuti orang-orang bukan Islam. Dengan cara ini mereka berharap beroleh kemulian dan kekuatan padahal kekuatan dan kemulian adalah hak mutlak Allah Ta’ala. Ini sebenarnya salah satu ciri munafik. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: ”Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih,. (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” (al-Nisa’ 4:138-139)

Boleh kita katakan bahawa aliran Islam Liberal sebenarnya ingin mencipta agam
a tersendiri, lalu menumpang sekaki di atas agama Islam demi mencari kekuatan dan kedudukan. Yang mereka inginkan bukanlah agama Allah dan Rasul-Nya tetapi agama akal dan peradaban manusia. Terhadap golongan ini Allah berfirman yang bermaksud: “Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (‘Ali Imran 3:85)

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata.” (al-Ahzab 33:36)

Kejayaan tidak diukur dengan akal fikiran atau peradaban kaum lain tetapi dinilai dan diukur dengan nilai ketaatan kepada syari’at Allah dan Rasul-Nya. Demikian sikap orang-orang yang berjaya sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
”Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanya mereka berkata: ‘Kami dengar dan kami taat’, mereka itulah orang-orang yang berolah kejayaan.” (al-Nur 24:51)

Pesanan penulis.

Janganlah kita mengikuti jalan yang terpesong lagi sesat ini, kita kembalilah ke jalan benar Islam dan taat pada Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Wallahu’alam..

Rujukan:
1.Hafiz Firdaus Abdullah, Membongkar Aliran Islam Liberal, Jahabersa
2. Prof. Madya Mohammad Kamil bin Hj Abdul Majid, Prof Madya Dr Fauzi Deraman, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Admin Armas, Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong, Karya Bestari

Sekadar Coretan Penagalaman MPP



Saya ingin berkongsi dengan anda, pengalaman saya menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sesungguhnya pengalaman ini amat berharga dan bermakna bagi saya. Selaut kesyukuran pada Allah kerana menganugerahkan pengalaman ini kepadaku. Menjadi MPP bagi saya adalah tugasan yang amat berat, ia adalah tanggungjawab dan amanah yang besar dan akan dipersoalkan.

MPP bagi saya adalah satu organisasi mahasiswa yang secara langsung fungsi utamanya ialah menjaga kebajikan pelajar disamping fungsi-fungsi yang lain seperti menganjurkan program untuk pelajar (antara aktiviti/fungsi yang diketahui umum). Apa sahaja tindakan MPP akan diperhatikan dan dinilai oleh mata pelajar. MPP juga selain itu, turut menyumbang pada negara dan seluruh kebajikan pelajar di seluruh negara, setiap resolusi akan dihantar pada kementerian untuk dilaksanakan pula oleh kementerian.

Sebelum saya bersetuju menjadi calon MPP, saya menghubungi ibu saya bagi meminta restu dan mohon perkenan bapa saya. Satu pesanan yang saya masih ingat, “buatlah yang terbaik”. Saya pun bersetuju setelah mendapat pendapat dari beberapa sahabat/teman, keluarga rapat saya. Almaklumlah MPP sering kali dikaitkan dengan politik. Kenyataan ini saya tidak mahu mengulas.

Hari penamaan calon, dijangkakan saya perlu bersaing untuk merebut kerusi falkulti. Saya adalah calon yang terawal yang menghantar borang penamaan calon, sebab saya nak mengejar kelas saya selepas itu. Setelah, proses penamaan calon tamat, lega rasanya sehingga menistis air mata apabila diberitahu menang tanpa bertanding. Kini saya bukan lagi orang biasa.

Maka bermulalah cabaran. Falsafah saya mudah “kalau takut akan risiko dan cabaran usah berbicara tentang perjungan”. Ini lah yang membuatkan saya menyahut cabaran menjadi MPP. Almaklumlah sebelum ini saya sering mengkritik kepimpinan MPP. Nah, akhirnya saya pula berada di tempat mereka. Satu cabaran bagi saya. Pelbagai kusrus diikuti, pendedahan demi pendedahan diberikan, sedikit sebanyak tahu cabaran sebagai pemimpin.

Maka mulalah perancangan sebagai pemimpin, maklumlah masa semakin terhad dengan sahabat, gara-gara MPP saya pernah beberapa kali memonteng kelas demi menyelesaikan tugas. Dek kerana MPP jugalah saya mempunyai management diary. Memo pad saya lekatkan di atas meja study saya. Tiap-tipa bulan penuh dengan aktiviti. Pergi kursus lah, seminar lah, mensyuarat lah. Kadang-kadang kawan juga memperli saya, ’ maklumlah dah orang besar, busy lah, mana de masa untu kita’ kata ini membuatkan saya tersentuh. Tapi apa kan daya, apa yang saya lakukan ini bukanlah demi diri saya bahkan untuk kawan-kawan saya juga.

Dalam kabinet MPP, saya memegang jawatan Exco Pembangunan Modal Insan. Bagi saya exco ini bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya kerana sebelum ini saya pernah terlibat dengan exco ini sebelum saya menjadi MPP. Lagi pun saya amat tertarik untuk menjawat jawatan ini, kerana semasa saya mula-mula jadi MPP, saya sudah merancang sesuatu untuk aktiviti exco ini. Alhamdulillah segala perancangan penting saya berjaya walaupun ada yang tidak dapat dijalankan.

Ketika masih MPP, pengalaman yang bermakna, ramai kawan yang saya kenal baik dalam kampus mahupun diluar kampus. Saya juga dapat mengenali orang besar. Ramai juga mahu berkawan dengan kita atas status MPP. Saya selalu berpesan kepada mereka ’aku kenal korang sebab aku jadi MPP, dan korang memerlukan aku, tapi nanti aku dah tak jadi MPP, aku harap korang jangan lupakan aku dan tinggalkan aku, aku tak nak persahabatan ini kerana aku MPP, tapi biarlah persahabatan ini di takdirkan oleh Allah dan kekal selama-lamanya’

Dengan kawan, pada ketika saya masih MPP, majoriti kawan-kawan tinggal di asrama Tok Jembal (kini dah tak wujud). Tiap-tiap kali saya habis kelas, saya akan ke sana, kadang-kadang waktu malam sekiranya tak sibuk. Sekiranya saya berada diluar kampus, saya pasti akan sms diaorang. Kalau ada duit lebih, saya tidak keberatan untuk belanja kawan-kawan. Saya rasa syukur dan berterima kasih kerana kawan-kawan sentiasa memberi dorongan pada saya. Saya amat beruntung memperoleh kawan-kawan seperti mereka. Bahkan setiap kali program saya, mereka turut serta dan membantu. Terima kasih sahabat.

Masalah pelajar, setiap masalah pelajar akan di bawa ke mesyuarat seterusnya di bawa ke pihak atasan. Untuk mengatasi pelbagai masalah bukannya mudah. Pelbagai perkara perlu dilakukan. Pelajar tak akan faham, yang mereka tahu, marah, mengkritik tapi sebagai MPP anda akan tahu apa masalah yang dihadapi MPP sebenarnya, kadang-kadang penat lelah MPP tidak berjaya membawa hasil yang memuaskan pelajar, tidak pulak dihitung kesusahan MPP. Hanya MPP tahu akan dirinya.

Program, jika dapat sambutan Alhamdulillah, jika tak tanggunglah sendiri. Pendekatan yang saya ambil bagi melariskan program ialah dengan tingkatkan promosi gunakah apa jua yang ada di depan mata, saya juga berkomunikasi dengan pelajar. Hanya Allah yang tahu bagaimana hendak membuat sesuatu program, rancangnya mudah, hendak laksana bukanlah mudah. Kadang-kadang tidur lewat, tak tidur pun pernah, makan kadang 2 kali sehari jer. Kelas ponteng, duit banyak habis, pergi sana pergi sini. Tak pe lah sekiranya satu program yang diuruskan tapi kadang-kadang datang program terbaru yang mengejut untuk diuruskan lagilah pening, buku pun tinggal, kerja kuliah last minit baru dapat disiapkan. Ah, macam-macamlah.

Diakhir sebagai MPP, saya gembira dan menangis. Gembira saya kerana amanah yang saya pikul selama ini dilepaskan, saya menangis kerana saya bimbang sekiranya amanah yang saya pikul selama ini tidak ikhlas dan tidak dapat saya laksanakan dengan sempurna.

Rasanya cukuplah setakat ini dahulu yer, bayak lagi yang nak dikongsi. InsyaAllah selepas ini saya akan tinggalkan pesanan untuk MPP selepas saya. Alhamdulillah, pengajaran yang saya dapat setelah jadi MPP, pengurusan masa, hargai kawan-kawan, cara pemakaian dan pertuturan, protocol sesuatu majlis, dan sebagainyanya. Pengajaran yang paling bermakna bagi saya ialah ‘jangan mengutuk pemimpin, kerana anda bukan berada ditempatnya, jika anda berada ditempatnya rasailah bagaimana dikutuk’.

Wallahu’alam..

Pemimpin Terpimpin

“Pemimpin” setiap kali menjadi topik perbualan dikalangan ahli politik, samada yang terlibat secara langsung atau tidak, di instutusi pengajian tinggi, di segenap tempat bandar mahu pun ulu pendalaman bahkan ketika bermain dam haji di kedai kopi pun masih sempat berbual tentang pemimpin.

Pemimpin dibedah dan dianalisis sehingga nampak segala bahagian badan dan jiwanya. Turut dipertikaikan ialah personaliti pemimpin, apa yang dituturnya, jenis pakaiannya (fesyen) dan kederaannya, senyum dan masam mukanya, bersih atau rasuah dalam tindakannya dan sebagainya. Daripada yang serius sehinggalah yang remeh-temeh.

Pemimpin adalah subjek yang menarik adalah orang yang berada dalam keadaan memimpin, membinbing, menasihati dan memandu sesuatu kumpulan ramai dalam banyak urusan. Pemimpin yang paling menonjol sudah pasti pemimpin politik. Malah apabila disebut pemimpin biasanya diertikan bahkan ada yang memahaminya sebagai pemimpin politik walaupun tidak semuanya begitu. Kepimpinan tidak terbatas dalam urusan politik bahkan dalam kekeluarga, dalam erti kata yang lain jika terdapat 3 orang daintara kamu, maka lantiklah seseorang sebagai ketua.

Segala jejak langkah pemimpin diawasi. Ini membuktikan bahawa segala tindak-tanduk pemimpin diperhatikan bahkan akan dipertikaikan sekiranya tidak melaksanakan kuasa utama yang diberikannya padanya iaitu bagi memyempurnakan sesuatu yang boleh menentukan masa h
adapan atau kebajikan orang ramai melalui tindakan yang diputuskannya.

Plato dalam karyanya The Republic’ 2500 tahun dahulu mengatakan pemerintahan oleh orang-orang bijak, mereka ini merupakan kumpulan kecil yang terlatih dan mahir dalam hal ehwal kepimpinan. Dengan kemahiran mereka dalam bidang yang khusus ini, masyarakat dijangka akan hidup bahagia”. Aristotle anak murid Plato yang berminat soal pemerintahan turut membincangkan soal kepimpinan. Sejauh mana syor-syor mereka itu diikuti tidak diketahui, tetapi mereka telah meninggalkan warisan intelektual yang berguna untuk rujukan generasi terkemudian.

Kedatangan Islam, Agama yang terbaik dan terunggul dari agama-agama yang lain, amat mementingkan konsep kepimpinan. Contoh yang terbaik ialah Kepimpinan Rasullullah. Baginda bukan sahaja menjadi pemimpin agama bahkan dalam bidang politik, ekonomi dan sebagainya. Ini diakui oleh beberapa tokoh bukan Islam terhadap Rasulullah antaranya, George Bernard Shaw dilahirkan di Dublin pada tahun 1856. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah, pemikir, seniman, pengkritik, tokoh intelek, tokoh sastera, penulis dan aktivis masyarakat. Pernah dikurniakan anugerah Nobel Sastera pada tahun 1925. Kemampuan dan ketokohannya dalam pelbagai bidang menjadikannya disanjung oleh masyarakat Barat hingga kini.
Dalam bukunya yang bertajuk ‘The Genuine Islam’, beliau berkata:
‘Saya sentiasa menyanjung agama yang dibawa oleh Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia adalah satu-satunya agama yang pada pandangan saya mempunyai kemampuan untuk disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam kehidupan. Justeru, menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya mengkaji manusia hebat itu, yakni Nabi Muhammad dan pada pandangan saya beliau bukannya anti Nabi Isa, sebaliknya beliau layak digelar sebagai Penyelamat Umat Manusia’

Sifat-sifat Nabi Muhammad seperi siddiq (benar), amanah (kepercayaan), tabliqh (menyampaikan) dan fatanah (bijak sana) merupakan faktor utama Baginda disegani oleh semua umat manusia tanpa menafikan kehebatan Baginda.

Abu Hassan al-Mawardi (abad ke-11) menulis ‘Peraturan Dalam Pemerintahan’ yang membicarakan persolan khalifah atau ketua negara (imamah) menurutnya pemimpin harus adil (lbercakap benar) amanah dan bersih daripada perkara yang meragukan serta tenang dalam semua keadaan.

Ibnu Khaldun seorang pemikir dan ahli sosiologi yang terawal telah menulis tentang sifat baik dan buruk para pemimpin Islam dan yang patut dicontohi berdasarkan pengalaman yang luas dalam pemerintahan raja dibeberapa buah negara.

Ibnu Taymiyyah (abad 13-14) menekankan soal kepimpinan dan amanh dalam pemberian sesuatu tugas. Disini timbul dilemma, apakah seseorang yang cekap tetapi tidak beramanah harus didahulukan daripada seseorang yeng beramanah tapi tidak berkemampuan. Nampak pilihannya ialah pada kecekapan dan keberkesanan dalam menjalankan sesuatu tugas kecuali dalam usaha-usaha yang memerlukan sifat amanh seperti menjaga wang negara. Dalam menetukan kelayakan seseorang pemegang jawatan hendaklah dielakkan amalan nepotisme yang berasaskan pertalian keluarga.

Kepimpinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan diambil ringan. Setiap manusia adalah pemimpin cuma yang bezanya ialah organisasi yang dipimpinnya. Tanggungjawab pemimpin bukanlah mudah, yang utamanya kebajikan dan harapan untuk masa hadapan. Banyak laluan sukar dilalui oleh pemimpin. Janganlah menghukum pemimpin tanpa sebab dan alasan yang munasabah dan tanpa selidiki. Ingatlah bahawa setiap pemimpin adalah amanah yang dipertanggungjawab dan akan disoal kelak. Akhirnya berpeganglah pada falsafah “think like a leader”. Mungkin dengan cara ini membuatkan anda akan menjadi pemimpin yang terpimpin.

Wallahu’alam.
oren itu aspirasi

Born to be a Leader





Bila kita berbicara tentang pemimpin secara umunya kita fahami ialah pemimpin ialah ketua. Sebelum kita mendalami lebih lanjut, maka molek benarlah jika mengetahui definasi pemimpin menurut Islam adalah seperti berikut:
‘Dalam Islam, aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil’ berdasarkan Hadis Rasulullah yang bermaksud:
‘Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua’.

Terdapat pelbagai definisi diberi tentang ‘kepimpinan’, antaranya:

1. Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu;

2. Tingkah laku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama; dan

3. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan.

Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam Islam seperti ‘khalifah’, ‘imamah’, ‘qiyadah’, ‘za’mah’, ‘ri’ayah’, ‘ri’asah’ dan ‘siyadah’. Semua istilah ini menunjukkan wujudnya hirarki dalam kepimpinan Islam.

Syarat seorang pemimpin menurut Ahl Sunnah Wal Jama’ah

Muslim

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud
“ Wahai orang-orang yang beiman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu”.
(al-Nisa’ 4:59)

Firman Allah ‘dari kalangan kamu’ dikembalikan kepada pemulaan ayat iaitu ‘wahai orang-orang yang beriman…’. Ini menunjukkan bahawa para Ulil Amri, iaitu para pemimpin hendaklah terdiri daripada orang muslim.

Lelaki

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya. Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.” (al-Nisa’ 4:34)

Jika dikatakan ayat 34 surah al-Nisa’ hanya terbatas dalam konteks kekeluargaan, apakah dengan itu seorang isteri yang menjadi pemimpin negara apabila balik ke rumah pula menjadi yang dipimpin suaminya? Lebih buruk, seandainya isteri tersebut berlaku derhaka (nusyuz) kepada suaminya, apakah dia sebagai seorang Perdana Menteri akan dihukum oleh suaminya yang berstatus rakyat? Ini adalah satu kepincangan yang tidak mungkin berlaku dalam syariat agung yang diturunkan oleh Allah. Melainkan ia adalah takwilan pemikiran manusia yang sememangnya tidak terlepas dari pelbagai kepincangan. Justeru yang benar pemimpin mestilah lelaki.

Ilmu

Doa Rasulullah S.A.W yang kepada Ka’ab bin ‘Ujrah R.A agar umat Islam tidak mempunyai pemimpin yang bodoh, maksudnya “ Aku memohon perlindungan Allah bagimu daripada pemimpin yang bodoh.” Ka’ab berkata: Apa yang dimasudkan dengan pemimpin yang bodoh?” Rasulullah menjawab: “ Para pemimpin yang datang sesudahku yang tidak memimpin kepada petunjuk (al-Quran) dan tidak melaksanakan perintahku berdasarkan sunnahku”.
Sanad Kuat: dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai qawiy oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan mereka dalam semakan mereka keatas Musnad Ahmad, hadis no 14441.

Amanah dan Adil

Firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesunggunhya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat” (al-Nisa’ 4:58)

Adakah pemimpin wajib daripada Quraisy, perbincangan ini timbul dairpada beberapa hadis Rasulullah dalam persolan ini antaranya, bermaksud : “ Urusan kepimpinan berada di tangan Quraisy sekalipun hanya terdapat dua orang manusia” .
Sahih: dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no 1820.

Perbincangan ini dapat dirumuskan kepada dua pandangan:

1) Urusan kepimpinan hanya boleh dipegang oleh bangsa Quraisy berdasarkan zahir hadis
2) Urusan kepimpinan hendaklah dipegang oleh bangsa yang paling berpengaruh dan mampu memberi pengaruh, berdasarkan tujuan hadis. Untuk menjadi pemimpin yang berjaya, hendaklah seseorang itu memiliki pengaruh di kalangan masyarakat dan mampu memberi pengaruh pada masyarakat. Pada zaman Rasulullah, bangsa yang menepati ciri ini adalah Quraisy. Akan tetapi dengan peredaran zaman dan perluasan Islam, tentu sahaja bangsa yang berbeza menepati ciri tersebut adalah berbeza, di lokasi yang berbeza.

Pengenalan penulis tentang “pemimpin“ sebelum mengulas lebih lanjut lagi. Wallahu’alam

Rujukan : Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Hafiz Firdaus Abdullah, Jahabersa.

Bicara Ad-Din

Pada bulan Julai yang lalu, ketika saya masih memegang jawatan Exco Pembangunan Modal Insan MPPUDM sesi 07/08, saya telah menanjurkan satu program iaitu Bicara Ad-Din bersama seorang Protas (Profesional Ustaz) iaitu Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah -boleh layari webnya hafizfirdaus.com- yang membincangkan Marilah Mengenal Ahl Sunnah Wal Jamaah (sesi malam) dan Hukum dan Syarat mengamalkan Hadis Dhaif (sebelah pagi keesokan harinya).

Pelbagai Isu

Dua tiga hari sebelum program bermula, Bos saya datang berjumpa dengan saya. Dia(bos) cakap ada seorang student datang berjumpa dengannya dan bertanya kenapa memanggil Kapt Hafiz Firdaus?.. Student tu cakap dia wahabilah, liberallah.. saya tersenyum sendirian. Dan pelbagai persoalan timbul dalam akal saya, adakah student itu tak dapat membezakan wahabi dengan liberal?.. Macam mana dia(student) itu boleh mengatakan sedemikian?..

Bukankah wahabi dan liberal teramat bezanya antara satu sama lain.. secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa wahabi itu agak syadid kearah Islam manakala liberal pula menyimpang dari ajaran Islam. InsyaAllah sekiranya diizinkan Allah saya akan membincangkan tentang wahabi dan liberal. Mudah-mudahan diperkenankan oleh Allah.

Saya tidak tahu siapa sebenarnya student tersebut dan saya juga tidak tahu dia pergi ke tak ke program tersebut. Alhamdulliah ramai juga yang pergi, mungkin saya telah mewajibkan student semester 1 datang. Terima kasih pada yang datang.

Pencemarah

Janganlah menuduh beliau tanpa soal selidik, janganlah hanya mendengar dari satu pihak. Cubalah berborak dengan beliau, niat beliau, saya pasti anda akan mengenalinya. Sebagai orang Islam molek benarlah menyelidik sesuatu sebelum menghukum sesorang. Bukankah telah diajar oleh Al-Quran dan AS-Sunnah.


Akhirnya..


Terima kasih pada mereka yang datang dan tak lupa juga pada mereka yang memberi kerjasama (AJK) menjayakan program tersebut.


Wallahu'alam..

Sorry!! No Ash Tray Inside



"No Ash Tray Inside" penulis bermaksud 'Rokok'..
Disini penulis ingin membincangkan secara ringkas tentang hukum merokok.

Terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam mengeluarkan hukum merokok ini.
1) Harus
mereka berpegang bahawa harus adalah asal bagi semua perkara
2) Makruh
ia tidak terkeluar dari jenis kemudaratan. mengurangkan harta bukannya membazir,
tapi lebih berfaedah jika harta itu disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
3) Haram
Mabuk, mengkhayalkan dan memeningkan, kesan buruk atau kemudaratan (dari segi fizikal dan kewangan)

Fakta,

Pelbagai pertubuhan perubatan dan ekademik menjelaskan tentang bahaya serta kesan buruknya secara umum dan khas berserta bukti-bukti statistik.

Adalah Islam membenci setiap perkara yang boleh membawa kemudaratan pada diri dan juga orang sekeliling. Begitu juga dengan pembaziran, alangkah moleknya sekiranya peruntukan untuk membeli rokok itu digunakan untuk memberi nafkah pada anak-anak dan isteri bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Bila merokok dikeji dalam konteks lelaki, maka ia bertambah keji dan tidak molek dalam konteks wanita kerana ia boleh memudaratkan kecantikan wanita dan sebagainya.



Penyelesaian

Penulis tidak menafikan bahawa sukarnya untuk meninggalkan tabiat merokok. Namun begitu panulis yakin dan percaya bahawa proses pengambilan rokok dapat dikurangkan hari demi hari. Pelbagai rawatan bagi memulihkan perokok sudah terdapat, pergilah ke klinik dan bertanyalah pada yang pakar. Sekadar yang penulis tahu antara penyelesaiannya ialah dengan meminum air masak, memakan buah-buahan dan sebagainya.


Fawta-fatwa dari Kerajaan Malaysia

Negeri Kedah - Merokok adalah haram
Negeri Perlis - bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
Negeri Selangor - (1) Merokok adalah haram(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.(3) Bagi maksud faiwa ini , “ rokok ” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.
Negeri Sarawak - Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan
Negeri Pulau Pinang -
i. merokok adalah haram ii. bagi maksud fatwa ini "rokok" ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut:- melahirkan sikap serta tabiat yang buruk- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan- pembaziran yang amat ditegah oleh agama. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

Kesimpulan Penulis

Molek benarlah kita menjauhi tabiat merokot ini kerana sudah jelas tentang kesannya. Nasihat penulis sesiapa yang sedang menghisap, perlahan-lahanlah berhenti kerana anda mampu lakukan. Sesiapa yang akan mencuba, usahlah.

Wallahu'alam...



Diskusi Minda


Setelah saya dilantik memegang jawatan sebagai Exc0 Pembangunan Modal Insan MPPUDM sesi 07/08 (kini telah bersara) saya telah menganjurkan satu program iaitu Diskusi Minda Siswa yang membincangkan 'Ancaman Pemikiran Islam Liberal' ahli panel terdiri SS.DR M.Asri Zainal Abidin (Mufti Perlis), Dr Abdul Manam bin Mohamad dan dipengerusikan oleh Ust Mohd Ali. Pelbagai isu timbul dek kerana progrom ini antaranya persoalan tentang ahli panel dan tajuk diskusi.

Penjelasan.

Ahli panel, sudah niat di hati untuk memanggil mufti perlis untuk bergabung dengan Dr Manam. bagi saya Dr Asri adalah seorang tokoh yang sesuai untuk membicarakan tentang tajuk ini kerana beliau sendiri telah menerbitkan buku tentang Islam Liberal, beliau juga tidak menyokong aliran Islam Liberal yang terpesong jauh dengan fitrah Islam yang sebenarnya. Dr Manam pula kerana beliau bagi saya adalah seorang pensyarah yang mahir dalam bidang usuluddin.

Tajuk, pemilihan tajuk ini adalah setelah saya membuat kajian dan penelitian tentang Islam Liberal ini. Ramai dikalangan siswa dan siswi UDM sendiri tak tahu apa itu Islam Liberal, gerakan-gerakan Islam Liberal yang sudah bertapak di Malaysia. Pendedahan harus diberikan agar mereka menentang gerakan ini dan kembali ke Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan as-Sunnah.


Diharap selepas ini sesiapa yang pernah menyoalkan tentang ahli panel dan tajuk diskusi itu harap sudah faham. Ini bukanlah medan pendebatan antara kedua-dua ahli panel tapi ia adalah satu perbincangan yang ilmiah. Semuanya ikhlas untuk mengembalikan pemikiran kita kepada Fitrah Islam yang sebenarnya.


Selaku pengarah progrom, seribu kemaafan saya tadahkan sekiranya sepanjang program itu berlangsung membuatkan hati kalian terguris. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang memenuhkan dewan.


Wallahu'alam..

DEMOKRASI: Satu Pandangan Penulis





Prakata

Artikel ini ditulis adalah mengikut fahaman penulis, melalui pembacaan penulis dan juga pendapat penulis sendiri. Oleh itu diharapkan pembaca tidak salah ertikan apa yang penulis tuliskan. Ia adalah satu pandangan ringkas penulis tentang DEMOKRASI. Penulis juga mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat tentang tajuk ini. Mudahan-mudahan ia membawa makna kepada kehidupan kita.

Demokrasi

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, Demokrasi ialah
1) Pemerintahan olah rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya ;- berpalimen(perwakilan) pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.
2) Unit politik atau sosial yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya.
3) Keadaan sosial tanpa perbezaan keisimewaan kelas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi raja berpelembagaan.

Islam menerima demokrasi dengan pemilihan ketua negara (pemimpin) hendaklah atas kehendak rakyat dan tanpa paksaan. Kedaulatan bukanlah terletak pada rakyat tetapi pada Allah dengan manusia sebagai khalifah mengikut kehendaknya dan garis panduan yang diizinkan oleh Allah untuk manfaat umat. Islam juga mementingkan syura dalam setiap perkara.

Ciri-Ciri Demokrasi Antara ciri-ciri terpenting demokrasi adalah seperti berikut :


i. kedaulatan rakyatii. persamaan politik-satu rakyat satu undiiii. mengambil kira pendapat umum- menilai pandangan umum tentang politik awam (popular consultation)iv. pengagungan kehendak majoritiAda


elemen-elemen demokrasi yang yang diterima pakai dalam pemikiran politik Islam dan boleh dimodifikasi. Antaranya :1. pemilihan dipegang oleh umat2. konsep persamaan di antara semua manusia3. perundingan rakyat4. pengiktirafan majoriti5. kebebasan6. pemisahan kuasa-kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.7. sistem pilihanraya dan parlimen


Elemen-elemen demokrasi yang ditolak ialah :i. kedaulatan mutlak ditangan rakyatii. keputusan majoriti sebagai kayu ukur kebenaraniii. kebebasan mutlakiv. mengeluarkan hukum bersandarkan akal semata-mata.

Pincang

Namun demokrasi yang memberi kuasa kepada ramai, kadang-kadang pincang perjalanannya atas prinsip kedaulatan rakyat perbagai perkara boleh dibuat menyebabkan tyranny of the majority yang memaksa kehendaknya walaupun bertentangan dengan keadilan. Sekiranya demokrasi sekarang sudah pincang akibat nafsu serakah manusia yang mementingkan diri, mempergunakan sistem demokrasi semata-mata untuk kepentingan diri, adakah perlu kita menyelamatkan demokrasi ini? Atau adakah kita perlu memperbaharui sistem ini? Dengan cara apa?

Pada hemat saya bukan salah demokrasi tapi yang salahnya ialah pengamalnya. Tidak perlu bagi saya untuk memperbaharui sistem ini. Perlukah demonstrasi jalanan diguna pakai bagi menegakkan sistem demokrasi ini dengan menafikan hak keamanan semata-mata mahu menegakan demokrasi.

Keamanan adalah hak semua, pada hemat saya tidak perlu untuk berdemonstrasi untuk menegakan demokrasi yang pincang. Bagi saya cara yang terbaik adalah berdiplomasi secara aman untuk mencapai kata sepakat bagi mengembalikan demokrasi yang s
ebenarnya. Tidakah kita belajar dari sejarah bagaimana Malaysia memperoleh kemerdekaan dengan meletakan keamanan tempat yang tertinggi.

Api fitnah itu
Jangan kau cucuk
Diladang sengketa
Akan terbakarlah nanti
Merpati kedamaian

Kesimpulan

Sekiranya terdapat pemimpin diktator memimpin kerajaan pada masa akan datang adalah suatu pelarian dari semangat Islam yang tidak menggalakan sifat kuku besi. Alasannya, rakyat dari negara-negara berkenaan tidak tahu cara-cara berdemokrasi dan menghormati kekerasan sahaja. Apakah alasan ini boleh diterima?

Untuk tidak menimbul kesangsian, semua pihak haru memahami sistem demokrasi khususnya dalam konteks negara seperti Malaysia yang mempunyai banyak keistimewaan. Pemerintahan sebegi tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada individu atau kumpulan masyarakat. Kebebasan seperti ini adalah tidak digalakkan dalam Islam kerana terdapat kesan-kesan buruk, manakala pemikir-pemikir demokrasi menganjurkan beberapa sekatan pada pelaksanaanya mengikut keadaan masyarakat sesebuah negara. Dengan mengamalkan sistem pemerintahan yang sedia ada sekarang Malaysia tidak terbawa-bawa cara autokratik atau kediktatoran. Kita boleh berpuas hati dengan keadaan ini dan terus mendidik rakyat dengan prinsip demokrasi dan tanggungjawab.
Inilah sekadar pemahaman penulis tentang demokrasi. Banyak lagi yang penulis perlu tahu. Wallahu’alam.


Akan Ku Cuba

DALAM HATI ADA RINDU,
RINDU PADANYA YANG SATU,
INGIN SAJA KUTEMUINYA,
JAUH DI SUDUT HATI,
AKU TAKUT,
AKU MALU,
DENGANNYA,
LAYAKKAH AKU?...,
SIAPAKAH AKU INI?...
YANG HINA,
MISKIN DISISINYA,
IMANKU NIPIS,
KETAKWAAN KU KURANG,
TAPI KEINGGINAN MENEMUIMU…
TERAMAT SANGAT…
AKAN KU MENEROBOS SEMPADAN DIRI,
MENGENALMU,
TEBALKAN IMAN,
KAYAKAN KETAKWAAN,
AGARKU TAK MALU DENGAN MU…
AKAN KU CUBA BERADA DISISIMU…


Perlis-Terengganu
9.2.08
7.25 ptg

Ketelusan Penyampaian



sering kali aku melihat atau mendengar berita, aku tertanya adakah betul pengkhabaran tersebut?.. sebagai contoh isu ba alif ba ya di Kedah -negeriku- berita begitu sensasi mempermainkan isu ini, bagi aku amat sensetif. Contonhya malam ini (22.11.08) TV3 misalnya banyak menyoal pendapat atau mengambil pandangan orang tertentu bagi aku mereka ini tidak terlibat 100% dalam pentadbiran negeri. Timbul persoalan pada aku yang dhaif ini. Kenapa mereka(TV3) tidak mengambil pandangan YAB MB KEDAH?.. kenapa tidak berterus terang atau ajukan saja persoalan pada MB.. adakah disini mahu melihat satu pihak berdiri dan mahu satu pihak lagi jatuh. Ini sekadar satu contoh, sepanjang pemerhatian saya banyak penipuan media sekarang ini dalam menyampaikan beberapa isu seolah-olah ada perancangan mahu menjatuhkan pihak tertentu. Tapi aku juga ingin memuji media dalam mendedahkan isu alam sekitar, mungkin bagi aku isu alam sekitar ini isu global, baik buruk semua pihak menaggungnya. Aku teringat kata-kata seorang pensyarah aku, bahawa untuk mendapatkan berita tentang isu-isu semasa anda perlu melihat/membaca/mendengar dari semua pihak tanpa prajudis dan sangkaan. Aku juga pernah mendengar seorang tokoh yang telah berada dalam media yang telah pun bergelar Datuk berkata bahawa media ini "sex,hiburan,penipu" semata-mata ingin melariskan perniagaan.. kepada syarikat media, jaganlah asyik menipu rakyat, janganlah asyik mengaut keuntungan dengan penyampaian yang batil.


So, dalam erti kata yang lain, jika anda sebelum ini membaca Utusan Malaysia, maka bacalah juga Berita Harian, Kosmo, NST, HARAKAH dan sebagainya, tak semestinya anda membeli tapi sekarang segalanya di hujung jari.. Fikirkanlah...

Jelapang PADI Bukan Jelapang BABI


Saya terkejut apabila menonton Berita Terkini Tv3 semalam (21.11.08) yang menyiarkan ladang babi termoden akan dibina di negeri jelapang padi Kedah yang juga merupakan negeri penulis.

penulis bukanlah mendapat fakta yang sebenar tentang isu ini. Tetapi bila penulis meneliti beberapa laman blog sahabat-sahabat dan saya juga meniliti akhbar Utusan Malaysia secara online. Satu perenggan dalam akhbar Utusan Malaysia berbunyi seperti berikut " Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu."

perenggan seterusnya "Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut dan sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan"

beberapa penduduk membantah tentang isu ini.

saya teringat kata YAB DATO'SERI AZIZAN ABDUL RAZAK Menteri Besar Kedah ketika ditemuramah oleh Aziz Desa yang ditayangkan oleh TV9 bahawa beliau amat mengutamakan dan memberikan tumpuan (polisi kerajaan mempertahankan sawah-sawah yang ada) dan ditambah kawasan penanaman padi. Saya amat bersetuju dengan polisi ini. Tapi semalam saya terkejut apabila kerajaan negeri bersetuju mendirikan ladang babi termoden, saya kurang pasti apakah yang modennya? apa yang saya tahu, ia akan didirikan jauh dari tempat tinggal rakyat. Saya juga ada mendengar penjelasan dari Pengarah Vaterina Kedah bahawa kadang akan dibina dengan teknologi yang canggih dan sistem yang terbaik.

Saya ingin lihat kembali kenyataan bertulis Persidangan DUN ke-12 bahawa tapak seluas 162 hektar telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu. Beberapa persolaan timbul dari akal saya..

1) Bilakah PRU diadakan? -BULAN 3
2) Siapakah MB pada 4 Disember tahun lalu?- DATO MAHADIR KHALID
3) Siapakah ADUN dan parti yang memerintah semasa tapak itu diluluskan?- BN

Persolaan yang lain ialah, kenapa dibawah kepimpinan sekarang tidak membatalkan apa yang telah diluluskan sebelum ini?.. Ramai sangat yang membantah..

Saya yakin dan percaya YAB MB DATO'SERI AZIZAN ABDUL RAZAK, akan membuat yang terbaik bagi kesejahteraan negeri Kedah..

saya selaku rakyat biasa tidak mampu berkata-kata dengan banyak, kerana tidak tahu sepenuhnya fakta tentang isu ini. sekadar yang saya tahu, Inilah.. bagi saya biar termoden mana pun kandangnya, janganlah biarkan ia didirikan. Islam itu bersih...
-sila lihat harakah daily- tQ

KEDAH SEJAHTERA

Yoga


Hari ini (Sabtu 22.11.08) Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan umat Islam megamalkan senaman yoga secara sistematik yang melibatkan unsur-unsur spritual dan fizikal kerana ia bertentangan dengan syariat Islam dalam erti kata yang lain boleh memesongkan akidah.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,”

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir,


Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.



pada hemat penulis, molek benarlah sekiranya para doktor atau ulama-ulama Islam menerangkan senaman-senaman yang menurut Islam dalam erti kata yang lain tidak memesongkan akidah, bukanlah semata-mata hanya mengeluarkan hukum tapi juga memeberikan contoh terbaik senaman menerut Islam. Ada kajian, bahawa solat adalah satu senaman yang terbaik. So, dirikanlah solat.

Untuk Dia

Tika aku dilahirkan,
Dialah yang ku lihat,
Wajah tuanya penuh keceriaan,
Kedut-kedut di mukanya hilang dek senyum manisnya itu…
Menyambut kelahiran ku,
Dia membelai aku dengan penuh kasih sayang,
Dia meribaku,mendukungku,
Agar aku tidak menangis,
Jari-jemarinya yang pernah menyuap makanan ke mulutku,
Terasa manis di bibirku,
Agar ku cepat membesar…
Aku semakin lincah,
Lari ke sana ke mari,
Dia penat mengejarku,
Dia tertawa melihat ku,
Aku tersenyum,
Aku perlu didikan,
Dia mengajarku,
Dia mendidikku,
Dia tak marah kalau aku buat salah,
Bahkan dia menegurku dengan senyuman,
Dia mengajarku sehinggalah aku benar-benar faham,
Aku juga kanak-kanak,
Mahukan perhatian,
Dia berikan aku segala yang aku mahukan,
Aku mintak,
Dia memberi,
Masihku ingat,
Layang-layang, chak pong, kasut terompah,
Ah… banyak lagi,
Dia buatkan untuk aku,
Aku tahu dia letih melayan kerenahku,
Namun dia buat yang terbaik untuk ku,
Sekiranya aku tak puas hati,
Dia buatkan lagi sehingga aku puas hati,
Akalku semakin gelora,
Aku mula petah berkata-kata,
Katanya pernah ku lawan,
Dia mengalah,
Dia masih tatap sayangkan aku,
Aku nakkan sesuatu,
Dengan moto kapcai… basikal tuanya,
Dia naiki ke kedai,
Tunaikan apa yang aku nakkan,
Aku semakin meningkat remaja,
Dia semakin meningkat usianya,
Tubuhku yang kecil semakin sasa,
Mukanya semakin kedut,
Tenagaku semakin kuat dan diperlukan,
Tenaganya semakin lemah dan perlu ditolong,
Aku sayu melihatnya,
Nanti aku juga akan merasainya,
Namun apakan daya tuhan lebih menyayanginya…
Tak dapat aku luahkan,
Air mata tak dapat ku keluarkan.
Ini semua takdir Ilahi,
Dia pergi meninggalkanku,
Segala kenangan bersamanya ku simpan dalam memori akalku,
Aku rindu padanya…
‘DIA’- NENEKANDA-NENEKANDAKU

Bicara Khalifah




Permulaan bicara, moga-moga jutaan maghfirah dan rahmat RABBUL JALIL melimpahi perjuangan kita.Mari kita renung kembali madah pengalaman Rasulullah S.A.W dalam menegakkan Deenul Islam tercinta berbekalkan keazaman, seiringan kemantapan pemikiran dan percaturan lakaran menyerbarkan dakwah Islamiyyah. Usah di hitung berapa kali dicerca, tidak perlu dijumlah berapa kali di cela, sememangnya hanya berwasilahkan sabar dan tabah!!! Ribuan cacian, jutaan makian, gandaan hinaan hingga kadang-kadang melempiaskan jua keluhan rasa serentak gugurnya mutiara jernih kerana pudarnya kekentalan jiwa. Tika itu, minda kalut berserabut, detik itu, mata hati ingin saja munurut, tetapi di sini timbul kekuatan, di sini muncul keberanian dan di sini wujud kecintaan, CINTA TERHADAP PERJUANGAN...!!! dan bersama semarak kasih Siti Khadijah seiring semangat cinta Siti Aisyah dan berbekalkan tiupan sokongan Rabiatul Adawiyah, Rasulullah berdiri segagah mungkin dan akhirnya kini... ISLAM DAN IMAN diwarisi oleh kita, namun persoalannya pernahkah kita memahami, pernahkah kita mendalami dan pernahkah kita mengerti dan menghayati??? di sini keridakwajarannya, perlembagaan perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat kurang dititikberatkan sehingga kita mudah terasa terguris dan putus asa dengan dugaan dan rintangan...sahabat!!!''PEJUANG ISLAM TIDAK AKAN MEMIKIRKAN ADAKAH DIA AKAN BERJAYA TETAPI YANG DIFIKIRKAN ADAKAH DIA TELAH MELAKUKANNYA"- THE SUFI AS-SYIRQYHayatilah!!! sesungguhnya nilai seorang pejuang islam sebenarnya diukur daripada keberanian dan keyakinan melaksanakan sesuatu perkara lantaran itu selaku khalifah kita tidak seharusnya memikirkan natijah akhir daripada keputusan dan perlaksanaan strategi yang dirancang. Sememangnya kita harus menerap sikap berani menanggung risiko dan yakin menghadapi sebarang ujian kerana KALAU TAKUT AKAN RISIKO DAN CABARAN USAH BERBICARA TENTANG PERJUANGAN...Apakah mehnah dan tribulasi yang di hadapi bisa meruntuhkan keluhuran semangat kita untuk merencanakan misi dan visi yang telah ditegakkan sebagai matlamat...??? jangan rasa tertekan dan terdesak... fikirkanlah sematang-matangnya kerana kita thoriq untuk menghafazkan permasalahan yang bersarang di otak fikiran dan di benak hati untuk penghayatan iaitu sebaik-baik thoriq yang telah ditinggalkan untuk difahami teorinya dan dihayati amalinya oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... penghulu sekalian Nabi...((tahajjud sebagai permulaan hari...sunat taubat bukti menyesali...sunat hajat takkala sesuatu dihajati...witir, ganjil kesukaan Ilahi...Istikharah penunjuk jalan agar meyakini...dhuha memurahkan rezeki))Di sinilah cara untuk kita memperolehi ketenangan, keyakinan, ketabahan dan kepimpinan!!! ketahuilah!!! walaupun ganjaran tidak dapat dilihat dengan mata tetapi hikmah dan manfaatnya dapat dirasa dengan jiwa dan minda!!!..."BUKANKAH TUHAN TELAH BERFIRMAN ...KETAHUILAH DENGAN MENGINGGATI ALLAH JIWA KAN MENJADI TENANG..."Sememangnya naluri itu fitrah dan amanah itu lumrah, oleh itu berkerjalah dengan tabah. Usah rasa gelisah, tidak perlu resah kerana jiwa remaja masih mentah dan perlukan cinta kekal Allah...jangan mudah melenting jika berhadapan dengan desakan perasaan, jangan mudah mengalah takkala menghadapi tekanan yang hakikatnya telah menjadi ketentuan, tetapi bersabarlah untuk menewaskan keraguan dan berkeraslah untuk memerangi kelemahan. Usah diikut emosi, usah dituruti hati tetapi nilaian dengan akal budi dan kemantapan fikrah kurnian Ilahi...DUHAI KHALIFAH TERPILIH!!!Pelajaran itu utama tetapi perjuangan dan tanggungjawab kita bukan yang kedua oleh itu timbang taralah antara kedua-duanya agar seiring dan tiada yang terbabas, tidak ada yang tertindas dan kita juga tidak tertewas, pastikan kita yang terbaik di anak tangga kejayaan pembelajaran dan kita juga utuh agar pasakkan mandat kita kukuh dan tidak mudah roboh...Pengakhiran 70 kali tilikan Allah untuk meletakkan kita sebagai khalifah tentunya ada hikmah, jadi usah dipersoalkan ribuan ganjaran menanti kita dan jutaan keredhaan bakal menyambut keikhlasan kita.. KEWAJIPAN MEMBUATKAN KITA MELAKSANAKAN SESUATU DENGAN BAIK TETAPI KERANA MINAT MEMBUATKAN KITA MELAKSANAKAN DENGAN CEMERLANG...

Bicara Kalam

Assalamualaikum... alhamdulillah.. bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izinnya akhirnya lahirlah satu blog untuk untuk tatapan semua rakan-rakan blog. Ilham untuk mencipta blog ini sudah lama saya fikirkan tapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat blog ini. Saya ingatkan diri saya bahawa kita tidak boleh mengawal masa tapi kita berhak untuk mengawal diri kita untuk mengisi masa yang berlalu dengan sebaik mungkin. Setelah saya berfikir akhirnya saya memberikan nama blog yang saya hasilkan ini dengan “umarfurqan " ANJAKAN PARADIGMA"!!! Kenapa dan mengapa saya memilih untuk namakan blog ini sedemikian? Kerana saya mat kagum dengan kegagahan Saidina Umar al-Khatab yang diberi gelaran al-furqan( membezakan yang hak dengan yang batil). Tujuan utama ’’PEMIKIRAN’’ ialah blog ini bertujuan untuk menggalakkan kita berfikir secara ilmiah dan profesional. Takkan kita nak berada di takuk yang lama. Mengajak untuk berfikir tentang isu-isu semasa, agama, bangsa dan negara. Ini juga demi kepentingan kita semua. Dalam dunia ini tidak ada perkara yang semudah kita fikirkan. Semuanya perlu bersaing untuk mendapatkan apa yang dihajati. Kita perlu berusaha!! kerana dengan usahalah kita akan berjaya. Wahai kawan-kawan ubahlah cara pemikiran anda, luaskan pengetahuan anda. Jangan biarkan agama, bangsa dan negara kita dijajah!!! Siapakah yang akan mempertahankan agama, bangsa dan negara kalau bukan kita!!! Wahai kawan-kawan marilah sama-sama kita membuat anjakan paradigma yang efektif agar kita tidak lagi berada pada takuk yang lama. Dunia semakin maju, pemikiran semakin liberal, agama biarlah fitrah (agama yang asal) tapi penganutnya haruslah bersifat liberal dari segi pemikiran mengikut peredaran masa. Ingat jangan biarkan agama Islam di liberalkan!!! Addin itu Islam. Addin tatacara hidup, panduan hidup mestilah mengikut lunas-lunas Islam. AL-QURAN dan ASSUNNAH... Kuasa!!! kini Melayu hanya tinggal kuasa, inilah yang akan menentukan bangsa Melayu. Melayu warisan berkurun zaman jangan biarkan hasil mengalir ke tangan yang lain. Jangan biarkan Melayu merintih di bumi sendiri. Sedarlah bangsa ku, jangan lena di ulik mimpi indah, jangan berangan di awangan jika tak mampu jelmakan.Ingatlah!!! kita sudah tiada masa, janganlah leka dan terlalai, teruskan usaha tingkatkan semangat, majulah dengan maha perkasa, Melayukan gagah di seantero dunia... Perjuangan dahulu jangan kita lupakan. Keamanan hari ini adalah kerana perjuangan yang lepas. Darah terpancut keluar keringat mempertahankan negara. Lahirnya pemimpin bijaksana darah mata pena memancut membebaskan dan menyelamatkan umat Malaysia. Rakyat Hidup sentosa aman sejahtera merasai nikmat hidup. Kini darah kembali berharga, merah buat penyeri muka, senyum terus meniti di bibir jadi milik semua. Kita bebas terbang laksana burung terikat hanya di tali cinta... Akhir Kalam... saya ingin mengajak semua pembaca blog ini agar berfikir dan merenung sejenak apakah yang kita telah lakukan untuk agama, bangsa dan negara? bersembang di warung kopi, bermain dam haji hingga lupakan tanggungjawab kita. Sesungguhnya mereka inilah orang yang lalai dan lemah. Bercakap pandai bila di suruh buat menolak. UBAHLAH SIKAP!!!... KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH Wallahua'lam...

Permulaan Bicara

untuk makluman rakan-rakan, blog ini adalah rentetan dari blog saya yang lama iaitu gema-pemikir yang telah pun saya delete blog tersebut atas sebab tertentu. Maka dengan ini muncullah blog saya yang diberi nafas baru. TQ...