Debat Atau Bincang


Penulis rasa terpanggil untuk mengutarakan atau membincangkan mengenai perkara ini takkala ada sesetengah hamba Allah yang telah mencadangkan untuk mengadakan debat dengan hamba Allag yang lain. Penulis sedia maklum, bahawa dua hamba Allah ini adalah beragama Islam manakala dari bangsanya pula ialah Melayu.

Penulis tiba-tiba terfikir akan cadangan hamba Allah ini ."debat". Pada pandangan penulis, cadangan ini perlu dinilai di sebalik cadangan ini. Namun, mungkin tidak dinafikan bahawa ada orang yang bersetuju dengan pandangan ini terutama mereka yang taksub, rapat, kenalan atau sependapat dengan hamba Allah ini. Bukan semua cadangan akan dipersetujui, ya, ada orang yang tidak bersetuju dengan cadangan hamba Allah ini terutama mereka yang tidak sependapat atau mungkin musuh hamba Allah ini. Namun ada juga yang bersetuju atau tidak bersetuju kerana bimbangkan kepetingan diri akan terjejas.

Cukup sekadar itu. Bagi penulis yang kurang ilmu ini, sekadar pendapat penulis semata-mata, mungkin ada yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendangan penulis ini, itu hak anda. Namun apa yang penulis harapkan ialah cadangan dari kalian.

Nah, bagi penulis. Pertama sekali kita kembali kepada al-Quran yang mengutamakan prinsip musyawarah (perbincangan). Penulis tertanya, apakah tujuan sebenar tanpa tersirat cadangan hamba Allah ini. Adakah untuk mencari kesalahan antara satu sama lain atau membuka aib masing-masing atau mungkin untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Tentang debat. Ya, penulis tak nafikan ada kebaikan dan keburukan. Tapi bagi penulis, debat harus bertatasusila. Mungkin menarik, sekiranya tercetus debat antara ilmuan Islam dengan dengan agama lain untuk membuktikan Islam itu agama benar. Penulis bersetuju dengan ini. Tetapi dengan ini, berdebat sesama Islam beberapa perkara harus dilihat. Tujuan dan niat yang utama, bukan atas dasar kepentingan, bukan untuk aib kan seseorang, bukan untuk pergaduhan selepas debat, bukan menfitnah, mencaci semasa debat atau sesudah debat dan banyak lagi harus diteliti. Namun cadangan kali ini, penulis melihat atas dasar parti dan kepetingan parti bukan atas dasar menyeluruh. Bahkan isu yang diperdebatkan juga harus diteliti, bimbang debat ini hanya untuk hiburan sahaja tanpa tindakan selepasnya. Mungkin sekadar membuang masa. Penulis, mungkin akan tertawa lucu melihat debat kedua-dua pihak ini. Debat ini bukan debat pertandigan atau debat diraja.

Secara ikhlasnya penulis tidak bersetuju dengan cadangan debat ini. Kerana ada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah iaitu dengan perbincangan. Ini diajar dalam al-Quran dan Sunnah. Ini akan membawa kebaikan antara kedua pihak. Bahkan akan membawa keharmonian sesama kita yang hidup di negara yang unit ini. Siapa pun kita, ulama, pedana menteri, mufti, ilmuan, tukang kebun, pensyarah, guru agama, pelajar, murid-murid, pakcik,makcik, tok, tokwan, tok ki, opah, mak, ayah atau perbezaan pendapat sesama kita marilah kita kembali kepada ajaran al-Quran as-Sunnah.

wallah'alam..

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi

Artikel ini penulis ambilnya dari website Dr Mohd Asri Zainul Abidin secara copy and paste.
Diharap dengan ini dapat menambah ilmu kita yang cetek ini serta kekeliruan kita.
Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?
Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Allah Lebih Mengetahui.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Yang Tak Sama Perlu Bersama, Bersama Yang Tak Sama


Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu”

(Surah al-Hujurat : 13)

Dari firman Allah tadi jelaslah kepada kita bahawa Maha Besar telah menciptakan dengan sebaik-baik kejadian yang penuh dengan seribu satu hikmah. Maha Agung menciptakan kita dari lelaki dan perempuan yang jelaslah di sini lagi bersuluh bahawa kita ini tidak sama antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan manakan sama, tentunya yang kita telah nampak dari bentuk fizikalnya apatah lagi dari segi pemikiran, keberanian, kemajuan, kepetahan bercakap, kretiviti dan sebagainya. Di sini sudah jelas bahawa kita tidak sama. Hatta lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan juga tidak sama dan wajah, percakapan, pemikiran dan sebagainya tidak sama juga. Begitu juga kita dengan makhluk lain. Binatang misalnya tidak sama dengan manusia. Ya.. biawak ada muka, tapi adakah muka biawak dengan manusia sama?.. Babi pun ada muka, tapi adakah muka babi sama dengan manusia.. Tentulah TIDAK.. jadi tiada kesaksamaan antara makhluk. Apatah lagi Allah Yang Maha Besar, yang menciptakan makhluk ini. Tiada sekutu bagi Allah dan Allah tidak sama dengan makhluknya.

Allah s.w.t juga telah menciptakan kita pelbagai bangsa dan bersuku puak. Ya, di sini jelas dengan wujudnya kita pelbagai bangsa contohnya di Malaysia ada Cina, ada India, Iban, Khadazan, Siam dan sebagainya bahkan wujud juga suku-suku puak. Kita juga berbeza warna kulit hitam, putih, hitam manis, sawo matang dan sebagainya. Kita tak sama. Kenapa kita diciptakan sedemikian?. Ya, Allah memerintahkan kita agar saling berkenalan antara satu sama lain.

Di Malaysia, apa yang difirmankan Allah, benar-benar wujud di Malaysia, suasananya seperti yang jelas terkandung di dalam al-Quran. Kita berbilang bangsa, bersuku puak. Adalah mustahil bagi kita untuk tidak saling berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Dengan wujudnya pelbagai bangsa dan kaum ini telah menciptakan satu budaya dan adapt-adat tradisional yang unit dan jauh berbeza antara satu sama lain. Inilah salah satu keunikan Malaysia.

Namun sejauh mana, keharmonian yang diberi nama perpaduan ini akan terus-menerus tanpa ada duri-duri perpecahan. Mungkin sukar untuk kita kekalkan suasana sebegini. Adalah tidak mustahil, jika terdapat keajaiban dari kita sendiri yang tak sama ini seterusnya kebijaksanaan pemimpin bangsa ini. Apa yang penting, pemikiran berperikemanusiaan untuk mengekalkan suasana ini.

Kita memang tak sama, janganlah menafikannya. Mungkin kita yang tak sama ini dapat bersama. Ya, kita boleh bersama kerana kita diciptakan tak sama adalah untuk bersama. Bersama untuk agama dan negara. Utama dan pertamanya, dengan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri kerana tolong-menolong adalah faktor ke arah keharmoniaan. Buanglah perasaan marah, dengki, dendam marilah kita kembalikan kesantunan, kebudian, kegembiraan untuk bersatu-padu. Banyak lagi sifat-sifat positif yang anda sendiri tahu dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan untuk memastikan yang tak sama untuk kita bersama.

Api kehancuran itu, jangan dicucuk di ladang sengketa maka akan terbakarlah merpati perpaduan.

Oleh itu, yang tak sama mesti bersama, bersama yang tak sama.

Wallahu’alam...

Filem Pendek Terunggul:"Aku"

Aku berasa bangga apabila sahabat aku yang satu sekolah ketika dahulu, satu negeri, satu daerah iaitu Suhaimi Zulkifli telah berjaya menghasilkan satu filem pendek beberapa bulan yang lalu. Bahkan karya beliau yang bertajuk "Aku" telah memenanggi beberapa anugerah yang telah mengharumkan nama beliau.
Karya beliau itu amat mendalam maknanya, bahkan ia memang menginsafkan kita bahkan akan membuatkan kita merenung kembali tentang kehidupan sepanjang hayat ini. Aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada beliau di atas kejayaan beliau. Mudah-mudahan beliau akan terus berkarya seterusnya menerbitkan filem yang berunsurkan keagamaan dan filem yang bahawa Islam itu indah.
Oleh itu aku ingin mempersembahkan karya beliau.. Mohon izin..


video video

Azab Pada Ariel Sharon


Dulu mu memusnahkan umat manusia yang tidak berdosa..
Kini mu terimalah akibat dari perbuatan mu itu..

OH.. CR7


LONDON 11 Jun - Manchester United menerima tawaran yuran perpindahan paling mahal di dunia untuk Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus memberi peluang cerah kepada pemain sayap dari Portugal itu membuat perundingan peribadi dengan kelab terkemuka Sepanyol tersebut.

Juara Liga Perdana England itu hari ini berkata, mereka telah menerima tawaran tanpa syarat bernilai 80 juta pound (RM394.58 juta) untukRonaldo. -AP

p/s.. aku suka skill ko masa main bola..

Memutihkan Gigi


Soalan : "Adakah diizinkan berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi, dengan makna doktor gigi tersebut menggunakan bahan kimia untuk menjadikan gigi putih kembali selepas ianya bertukar warna kerana lalai menjaganya? Adakah ianya dikira mengubah ciptaan ALLAH?"

Dijawab oleh Sheikh Husayn al-Jabûrî, Professor di Universiti Umm al-Qurâ

Adalah diizinkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi. Ini bukanlah satu perbuatan mengubah ciptaan ALLAH. Kamu hanya mengembalikan gigi kamu kepada keadaannya yang asal dengan menghilangkan kotoran asing yang terdapat padanya.
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com/

"adakah ada mana2 larangan drpd islam berkenaan isu penggunaan fluoride dalam ubat gg seperti yg kita sedia maklum bahawa dewasa kini,isu ini semakin berleluasa sama ada di pihak masyarakat mahupun pengusaha ubat gigi di negara ini.."

dijawab oleh: Abul Harith dari website : http://fiqhmedic.wordpress.com/

Tiada halangan menggunakan fluoride dalam ubat gigi di sisi Islam. Fluoride adalah agen pemutih gigi. Isu yang timbul hanyalah kemudaratan fluoride yang berlebihan terutama dalam ubat gigi kanak-kanak bawah 8 tahun, kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan gigi kanak-kanak.

Realiti Jauh Disana

Oh… Manusia asyik leka dengan dunianya
Keseronakan, hiburan, kemaksiatan
Semuanya kemanisan hidup yang fana
Alangkah bodohnya
Oh… Insan jadilah kamu insan yang bijak
Menggunakan akal semolek-moleknya
Berfikir bagaimana hendak jadi cemerlang
Bertindak untuk menjadi gemilang
Menghasil sesuatu yang terbilang
Alangkah cerdiknya
Wahai manusia..
Insaflah..
Ini hanyalah fana
Fantasi dibenakmu otakmu
Realiti nun jauh disana
Berubahlah jadi insan
Wahai insan..
Jadikan misi dan visi yang fana itu untuk dijadikan batu loncatan
menuju realiti yang sebenarnya
Wahai manusia..
Berubahlah
Wahai insan..
Teruskan dan buatlah yang terbaik
Ini hanyalah fana
Realitinya di sana yang kekal abadi.

PUJIAN DAN CERCAAN

Penulis yakin dan percaya bahawa semua manusia pernah, sedang menerima atau berada dalam keadaan pujian dan cercaan. Namun sejauhmana pujian dan cercaan itu benar-benar menyentuh diri kita atau benar-benar memotivasikan kita, Adakah pujian yang menggunung tinggi membuatkan kehidupan kita senang atau berada dalam keadaan zon selesa. Adakah pujian itu benar-benar memuji atau sindiran pada kita atau adakah pujian itu bertujuan untuk kepentingan. Cercaan, adakah benar-benar menyakitkan, adakah cercaan tanda itu tandanya benar menyentuh diri kita, adakah cercaan itu rasa tidak puas hati seseorang pada kita atau cercaan yang positif.

Namun begitu manusia yang berfikir akan sentiasa beranggapan bahawa pujian dan cercaan adalah bersifat positif.

‘Pujian’ semua manusia suka akannya. Namun kita kadang-kadang terlalu ambil remeh, mungkin pujian yang dilemparkan adalah bertujuan untuk mengkritik atau membodek demi kepintingan.

‘Cercaan’, kadang-kadang ia bukanlah terlampau negatif cuma mungkin benar cercaan yang dilemparkan itu. Mungkin juga dengan cercaan kita dapat memperbetulkan diri kita yang serba daif ini. Maka atas kitalah untuk mempositifkannya dan jadikannya sebagai faktor untuk membina diri.

“Bisa pujian lebih dasyat daripada cercaan yang mungkin madu”. Mungkin YA.