Wednesday, April 29, 2009

Selsema Babi & Hukum Allah


1. Heboh satu dunia apabila “babi selsema”. Banyak lapangan terbang antarabangsa di dunia yang mengambil langkah berjaga-jaga yang sangat ketat hari ini. Bagi kita manusia, selsema ialah perkara biasa dan bukanlah satu penyakit yang serius. Tetapi berbeza dengan babi. Apabila makhluk ini selsema, huru hara jadinya dunia ini.

Mungkin kawan-kawan babi akan bertanya kepada babi, “engkau sakit apa?” dan babi akan jawab, “selsema babi”. Kawan babi akan tanya lagi, “sakit apa?”. “Selsema babi” jawab babi. “Sakit apa?” tanya kawan babi lagi buat-buat bodoh. Lalu babi pun “tension” dengan kawan dia, terus jawab dengan meninggi suara “SELSEMA LAH… BABI” Padan muka kawan babi tersebut (terima kasih kepada Petronas kerana iklan “burung murai”nya itu menjadi ikutan).

2. Babi dikenali sebagai najis mughallazoh (berat) yang jijik di kalangan masyarakat melayu khususnya sehinggakan jikalau mereka melintasi di hadapan kedai makan cina yang sedang menggoreng bawang atau ayam pun, mereka akan menahan nafas atau menutup hidung kerana menyangka ia adalah bau babi. Wara’nya orang melayu semakin terserlah apabila mereka melihat air yang membasahi hadapan restoran masakan cina, mereka akan mengelak sejauh mungkin kerana tidak rela terpijak air babi kononnya.

3. Sebenarnya para ulama Islam tidak sepakat tentang wajibnya membasuh tujuh kali (salah satunya air tanah) jika tersentuh babi. Tetapi saya tidak berhasrat membincangkan isu tersebut di sini. Jelasnya, Al-Quran telah mengharamkan daging babi berdasarkan Surah Al-An’aam, ayat 145:-

قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

4. Para ulama berbeza pandangan tentang sebab pengharaman babi. Sebahagian mereka menyatakan bahawa ianya diharamkan kerana kemudaratan yang ada padanya lebih banyak daripada kemanfaatan. Ini bermaksud bahawa kita tidak menolak kebaikan yang ada pada babi tetapi dek sebab mudaratnya lebih banyak, maka ia diharamkan.

5. Sebahagian fuqaha pula menyatakan bahawa pengharaman babi adalah termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah, iaitu suatu perkara yang wajib bagi orang Islam mematuhinya tanpa boleh dipertikaikan atau diperdebatkan. Contoh yang hampir sama ialah bilangan raka’at yang ada pada solat, seperti solat maghrib tiga raka’at, kenapa tiga rakaat ? Kenapa tidak empat atau dua raka’at? Oleh kerana ia adalah perkara ta’abbudiyyah, maka kita menerimanya tanpa banyak soal.

6. Namun, jika kita memperhatikan secara teliti pada ayat tersebut jelas tertera perkataan “kerana sesungguhnya ia adalah kotor”.

7. Tuan Haji Ibrahim Ma telah menyebut dalam buku beliau “What is Islam” terbitan Perkim, tentang seorang tabib cina pada zaman Dinasti Tang yang bernama Sun See Mao yang menulis sebuah buku bertajuk Sheh Shen Lu, di mana tabib itu berkata antara lain, “daging babi merangsang penyakit lama, penyebab kemandulan, sakit tulang dan asma”.

8. Ibrahim Ma juga memetik kandungan jurnal kesihatan cina yang berkaitan petua panjang umur iaitu “Yan Show Tan” yang menyatakan bahawa semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi, maka janganlah makan daging babi!

9. Pada 20 Oktober 1998, The Detroit News juga melaporkan penemuan oleh saintis berkaitan pertalian jangkitan antara virus burung dan babi, yang antara lain, menyimpulkan bahawa babi adalah tempat di mana kuman diubah kepada bentuk yang lebih berbahaya (sebagai mixing vessel).

10. Berbalik kepada isu fiqh, dalam soal membasuh benda-benda yang terkena babi. Para ulama Shafi’iyyah berpendapat bahawa salah satunya mestilah dengan air tanah dan tidak boleh diganti dengan sabun atau bahan lain. Hujah mereka adalah sama, kerana ia termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah.

11. Berbeza dengan ulama Hanabilah. Mereka berpendapat bahawa air tanah itu tidak termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah sebaliknya ia adalah cara membasuh yang ada tersedia pada zaman wahyu diturunkan (zaman Nabi SAW). Ia boleh berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Disebabkan hujah ini, mereka berpendapat bahawa air tanah boleh diganti dengan bahan pencuci lain seperti sabun, bahan peluntur atau bahan kimia lain yang mempunyai daya pembersihan yang sangat berkesan. Isu ini diulas secara ringkas tetapi padat oleh Sheikh Wahbah Az-Zuhaili dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu.

12. Walaupun babi adalah sejenis binatang yang hina di mata kita, janganlah pula kita menzaliminya. Memukul babi tanpa sebab, melontarnya dengan batu tanpa alasan baik, sebenarnya tidak memberikan pahala kepada kita. Malah dikhuatiri mendatangkan dosa pula.

13. Lupakah kita kepada kisah wanita penzina / pelacur yang menyelamatkan anjing? Abu Hurairah ra., meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya,
“Diampunkan seorang wanita penzina yang melewati anjing (yang berada) di atas sumur yang menjulurkan lidahnya dan hampir mati karena kehausan, lalu wanita itu menanggalkan kasutnya dan diikat dengan kerudungnya lalu dia membawa air kepada anjing itu maka (dia, wanita itu) diampuni karenanya” (Riwayat Bukhari)

Wanita pelacur itu diampuni Allah SWT kerana menolong anjing!

14. Begitu juga yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga memberi minum kepada anjing sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari, maka Allah telah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya!

15. Kita juga perlu diperingatkan dengan hadith Ibnu Umar r.a. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) bahawa Nabi SAW telah bersabda dengan maksudnya; “Seorang wanita telah diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Dia dimasukkan ke neraka kerananya. Allah berfirman; Engkau (wanita itu) tidak memberi makan dan minum ketika engkau mengurungnya dan engkau tidak melepaskannya supaya ia dapat makan rumput (lumut) di bumi.

16. Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan binalah untuk kami sebuah rumah dalam syurgaMu!

SUMBER BERITA:-

17. Swine flu is a respiratory disease of pigs caused by type A flu viruses, the CDC’s Web site says. Human cases are uncommon but can occur in people who are around pigs. It also can be spread from person to person. Symptoms include a high fever, body aches, coughing, sore throat and respiratory congestion.

18. At least nine swine flu cases have been reported in California and Texas. The most recent California case, the state’s seventh, was a 35-year-old woman from Imperial County who got sick in early April. She had no known contact with the others.

19. Health officials are concerned because people appear to have no immunity to the virus, a combination of bird, swine and human influenzas. The virus also presents itself like other swine flus, but none of the U.S. cases appear to involve direct contact with pigs, Eberhart-Phillips said.

BACA BERITA SELENGKAPNYA:-

http://news.yahoo.com/s/ap/us_swine_flu_states

1 comment: