Nama, semua orang ada nama. Mana mungkin orang tidak ada nama hatta benda atau makhluk lain pun diberi nama. Cuma yang bezanya nama yang diberi. Jawatan, yeke?.. semua orang berjawatan?.. Mungkin ada yang menjawab bukan smeua orang berjawatan atau tidak mustahil untuk semua berjawatan. Bagi penulis, bukannya ingin menbincangkan apa jawatan yang dipegang atau disandang. Penulis ingin membincangkan mengenai peranan yang disandang. Jawatan mungkin pada kebanggaan sesuatu orang. Namun semua peranan dimainkan oleh semua orang tanpa pengecualian. Mungkin dia perdana menteri jawatannya, jadi peranannya ialah kebajikan rakyat amnya, rakyat ialah jawatan yang dipegang jadi peranannya ialah membantu pemimpin, membangunkan sesebuah negara amnya. Mungkin jawatannya ialah presiden perwakilan pelajar, maka peranannya ialah menjaga kebajikan pelajar amnya. Pelajar yang lain pula hendaklah memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh perwakilan pelajar. Poster, biasalah, bila dah ada jawatan maka secara automatiknya, si yang berjawatan ini, agenda mesyuarat pertamanya antaranya ialah design poster.
Namun kecantikan atau keunikan poster bukan ukuran si yang berjawatan itu melaksanakan peranannya. Poster gah tapi peranan yang dimainkan tidak segah poster yang ditampal. Ini berlaku pada semua organisasi.
Di universiti misalnya, persatuan kerusi yang panas ialah kerusi presiden MPP. Kebanyakan mahasiswa mengimpikan kerusi ini. Ia empuk tapi berduri. Duduk terasa pedihnya jika tidak memainkan peranan yang sebenarnya. Siswa tidak kenal anggota MPP juga ada, sedangkan poster yang unit itu ditampal merata-rata. Mana peranan mereka yakni MPP menjadi persoalan bagi pemikir politik kampus.
Sebab itu lah bagi penulis, sekadar ada nama yang berjawatan ditampal di poster kalau tidak memainkan peranan tiada gunanya. Sekadar nak glamor, janganlah, buruk padahnya. Sekadar nak bergaya, janganlah. Dalam poster nampak macam bersatu tapi retak seribu. Penulis mengharapkan sesuatu kesatuan atau persatuan hendaklah memainkan peranan yang sejawarnya. Begitu juga mereka yang diluar organisasi, saling berinteraksi satu sama lain. Apa yang penting, kerjasama.
ana setuju sangat dengan pendapat anta..( ckp arab sikit) ye la ana pn dapat tahu ramai yang mepersoalkan tentang MPP dan banyak berita yang tak sedap didengar pun ada...yang utamanya megenai pertukaran port folio sedangkan masa yang tinggal hanya sebulah jika ditolak dengan bulan puasa...ape la mintak orang yng terasa tggt cili minum la air cepat xpn makan gula2 supaya tidak terasa pedasnya
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletepahit itu ubat.