Ya, sering kita lupa pada Allah bila kita dalam keadaan senang. Ya, kita mula menyibuk menginggat Allah bila kita dalam kesusahan, mulalah mencari biji tasbih, tikar sejadah dan al-Quran. Kenapa kita sering lalai tentang hukum Allah?. Indah sangatkah, dunia ini?.
Ilmu kita cetek. Kita bukan ustaz atau ustazah apatah lagi seorang ulama. Kita hanya manusia biasa yang sering menagih dan mahukan pahala dari Allah yang Maha Berkuasa. Namun hukum-Nya kita persiakan, syariat-Nya kita tidak endahkan. Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Kenapa yang haram juga kita sering amalkan. Seolah-olah amalan kita tidak berteraskan ilmu. Amalan ini sia-sia saja.
Adakalanya kita susah. Ya, senang bukan untuk selama-lamanya, Ada masa kita di atas ada masa juga kita di bawah. Hidup ibarat roda. Kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil. Alangkah baiknya pengakhiran kita sekiranya kita pergi tidak kembali dalam keadaan menyebut Allah. Kita juga tidak tahu.
Kita sering diuji dengan pelagai musibah, secara tidak lansung kita mula menyebut Allah. Kita lupa sebentar kemewahan dunia. Pelbagai ujian kepada kita tanda Allah masih sayang akan kita, Allah tidak akan menurunkan ujian atau bala bagi sesiapa yang tidak mampu menghadapinya.
Bencana alam, penyakit, jatuh miskin dan sebagainya adalah lumrah dan salah satu keunikan dunia yang fana ini. Banyak dosa kita lakukan, tidak sempat bertaubat, kita telah menempah neraka. Sekurang-kurangnya bala atau ujian ini mengisafkan kita, kita kembali bertaubat mohon keampuanan Allah.
Sekarang ini misalnya kita diuji dengan H1N1. Bala ujian yang telah meragut ribuan nyawa di bumi yang fana ini. Sekurang-kurangnya, kita mula mengenal diri kita, kita mula membersihkan diri, kita mula berdoa pada Allah, kita mula mempertingkatkan amalan fardhu kita, kita mula memperbanyakkan amalan sunat kita. Alhamdulillah, kita mula sedar.
Semua manusia tidak terkecuali dari menerima ujian. Juga semua manusia harus memainkan peranan membasmi penyakit ini. Ambillah langkah-langkah yang telah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sebagai orang Islam, utamanya berdoalah kepada Allah. Allah segala-galanya.
Benda yang haram, jauhilah. Neraka, mohon pada Allah minta dijauhkan. Mati, mudahan mati kita dalam Islam menyebut Allah serta sempat bertaubat. Yang halal, lakukankanlah mudahan nikmat dan hikmat dunia fana ini kita kecapi hingga ke akhirat. Tegur dan nasihat-menasihatilah kita sesama umat.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment