Tuesday, September 29, 2009

RM1000 Dan Rumah Kelamin: Pendapat Anda?.


Pasti semua orang merebut peluang ini termasuk juga saya. Siapa yang tak nak.

Ya, sekiranya peluang ini RM 1000 sebulan atau sesemester serta rumah kelamin di universiti, nescaya siswa dan siswi merebut peluang ini. Ini sekadar cadangan penulis. Namun ia telah pun dilaksanakan di salah sebuah universiti tempatan. Cuma perlaksanaannya perlu diperluaskan.

Couple di kalangan siswa dan siswi tidak dapat dielakkan lagi. Pergaulan bebas tidak dapat dinafikan amat berleluasa di IPT. Beberapa pendekatan telah diambil antaranya peraturan universiti, denda, gantung semester, buang asrama sehinggalah buang universiti. Namun ia bukanlah bersifat tegas untuk menghalang perkara ini daripada berlaku bahkan mungkin lebih berleluasa di luar sana. Tindakan buang universiti akan memberi kesan kepada pelajar khususnya secara tidak langsung kesan buruk juga boleh berlaku pada tingkat sosial masyarakat.

Pada hemat saya, peraturan sebegini hanyalah sebahagian daripada peraturan yang tertera dalam buku peraturan universiti, sekadar peraturan yang tidak dapat di patuhi oleh kebanyakan siswa dan siswi. Kerana budaya couple ini amat sukar dielakkan baik dikalangan siswa-siswi pengajian Islam atau dari mana-mana program pengajian, semua sama sahaja. Datanglah peraturan begitu atau begini sekali ia tidak kantoi, maka selamatlah mereka. Peraturan sebegini bagi saya adalah peraturan yang agak kuno kerana ia adalah peraturan yang hendak mencegah tapi disebaliknya lebih buruk lagi ia berlaku. Mungkin mereka akan insaf tapi dapatkah kita sukat keinsafan mereka di tahap mana.

Demi mencegah perkara ini, demi kemaslahatan tingkat sosial masyarakat. Tindakan yang efektif bahkan lebih berkesan perlu dibuat. Seperti ini RM 1000 serta rumah kelamin. Mungkin nampak melampau atau mungkin nampak kurang logik kerana ia lebih membawa kerosakan, namun kerosakan yang ada hanyalah sedikit sahaja, kebaikannya lebih banyak daripada kerosakan atau mungkin nampak seperti pembaziran, namun tidak salah sekerinya pelaburan yang membawa kebaikan. Banyak kaedah boleh diguna pakai seperti saddul zara’iq serta masalih mursalah.

Daripada zina lebih berleluasan, daripada perkara yang boleh mendekatkan diri ke arah perzinaan berleluasa, daripada peraturan yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar serta sosial masyarakat, apa kata kita mencuba kaedah ini. Namun pemikiran pelaksana serta yang dilaksana perlulah terbuka, pemikiran masyarakat serta ibu bapa pelajar perlulah positif, pemikiran tenaga pengajar perlulah tidak memihak mana-mana pihak serta menyokong perlaksanaan ini. Siswa dan siswa pula janganlah bila diberi peluang ini terus sertai tanpa memikir masa depan. Apa-apa pun ia semuanya di tangan anda wahai generasi pemikir. Apa yang melenting jangan cepat melatah. Bak kata Nabil, ’ LU PIKIR LA SENDIRI’

No comments:

Post a Comment