Wednesday, December 9, 2009

Amalan Tanpa Ilmu


Tajuk ini, hanyalah sekadar meminta padangan dari pembaca blog ini sekalian. Tajuk ini juga saya telah mempersoalkan dalam facebook saya iaitu 'bolehkah kita mengamalkan sesuatu tanpa ilmu?'.. Di sini ingin saya sertakan perbincangan saya dengan saudaraku Muhammad Nabil dalam ruangan facebook baru-baru ini.. Oleh itu, saya akan copy and paste tanpa mengubah apa-apa pun dari facebook saya ke blog ini. Berikut adalah perbincangan saya dengan Muhammad Nabil :-

Muhammad Nabil:
macam mana nk amal kalau ilmu tentang nya xde..ibaratkan orang menunggang motor tapi x tau dari awal start motor sampai la masuk gear..kalau tau makan masa juga nk mahir..kena amal kan selalu..ok..dh tau bawa dah mahir bawa..sekarang nk bawa untuk apa 'merempit' atau ke surau..mereka merempit kerana mereka berilmu tentang motor..kerana ilmu dipandu dengan iradah kemahuan hati (nafsu) atau kebijaksana akal dan emosi..siapa yang patut mengawal ilmu..mereka bertiga tapi perlu seimbang..

Mustaqim Darus:
dalam soal ibadat misalnya, bila ditanya knp buat amalan sekian2, di jawabnya, nenek moyang kami bt mcm ni, kami ikut jelah, sedangkan amalan tersebut tak ada pun dlm al-Quran dan as-Sunnah.. blh ke?..

Muhammad Nabil:
macam nk masuk isu bid'ah je nie..hehe..saya bukan lah arif..perlu merujuk yang lebih alim..ibadah jadi adat..bukan adat jadi ibadah..pokok nya..biasakan yang sebenar2 tuntutan...ikhlas dan tawakal kerana nya..jika ada perbuatan yang dulu kebiasaan(adat) yang lari dari syarak dan mendatangkan syirik..jauhi..jika suatu pekerjaan mendekatkan diri kepadaNya..bahkan menaip surat..mendodoikan anak..teruskan...sedikit coretan dari yang kurang arif lagi dhaif..

Mustaqim Darus:
zaman skrg dh maju. kitab2 agama banyak di pasaran termasuk juga e-book.. golongan agama bertebaran di merata-rata tempat smada yg bertauliah atau pun tidak, yang pasti mereka telah banyak mengorbankan masa serta wang ringgit semata-mata mencari ilmu untuk berdakwah kepada masyarakat.. namun begitu, bagi kita sebagai masyarakat atau orang awam perlulah timbul dalam diri kita untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin utk di amalkan, sekiranya sebelum ini banyak yang silap, tetiba kita di perbetulkan dengan penjelasan yang sebenar dr Quran dan Sunnah maka amallah ia. Sekiranya amalan kita selama ini tiada nas di Quran dan Sunnah, maka ketepikanlah kerana banyak lagi amalan yang di ajar dalam Quran dan Sunnah yang belum lagi kita ikut serta amalkan.. Carilah ilmu, yang berilmu berdakwahlah dengan sebaik mungkin, bukan tauliah menjadi pengukur tetapi ilmu didada menjadi ukuran. Quran menyeru kepada kita, bertanyalah kepada yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui..

Muhammad Nabil:
tauliah perlu..untuk menangkis ajaran sesat..tapi disalah guna oleh sebahagian pihak menepis sebahagian yang lain..hmm..akhir nya perkembangan ilmu jadi pengecutan ilmu..sikit orang yang menakung air(ilmu) ramai pula yang dahaga dan menagih..banyak pula yang beracun diantara si penakung air..Dunia kalakian..Penjara untuk orang baik,berilmu..fitnah menfitnah,hukum menghukum menjadi adat..jadilah si penakung air yang sebenar dan sihat biarpun takungan itu sedikit..berilah kepada mereka..

Mustaqim Darus:
yeah.. saya bersetuju dengan nabil.. biarlah air di muara mengalir dengan gembira tanpa halangan.. memberi sumber kepada yang dahaga seterusnya memberi tenaga untuk dikerjakan..

Muhammad Nabil:
Demi Allah..segala Kudrat jadi keringat..tenaga,makan minum sume datang dari Nya..Usaha juga kita lakukan keranaNya..

Kepada saudaraku Muhammad Nabil, terima kasih ku ucapkan, perbincangan sebegini untuk membuka minda serta mencambah pemikiran kita semua..

Wallahu'alam..

4 comments:

  1. salam..insyallah segala2nya datang dariNya..tiada langsung nikmat yang lahir dari diri yang hina ini..semua dariNya..moga dapat dikongsi dan dicambah bersama2 teman-teman yang lain..ayuh zikir (ingat ALLAH) dan fikir BANGUN KETAMADUNAN)..BERBEZA bukan BERTENTANG..

    salam mujahadah tanpa Noktah..antara dua yang kita harus tuju..menang atau syahid..tiada disana erti kalah dalam berjuang..wahdahu wahdah..

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah... Betul tu, amalan tanpa ilmu ialah satu perkara yg susah nak kita fahami akan tafsirannya. selalunya, ilmu tanpa amal spt pokok yg tiada buah. Ini kan pula di ertikan buah yg lahir tanpa pokok. Logikkah? Ialah memerlukan di antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  3. betul kata-kata Abu Aswad.. Imu itu amat penting. Kalimah Iqra' sendiri memberi makna yang cukup luas. Menuntut ilmu ialah perkara yang paling penting dan asas dala kehidupan. Apa yang penting kita perlulah mengilmukan amalan. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah kembali...
    jika ilmu tanpa amalan dikatalkan suatu yg sia2. tapi jika amalan tanpa ilmu apa pula ya? pokoknya, dua2 sama penting dan bergerak beriringan.ilmu yang diamalkan itu berkat dan beramal dengan ilmu itu adalah lebih indah, insyaAllah.

    ReplyDelete