Saturday, April 10, 2010

Suburkan Yang Rapuh


Wah, sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini walaupun di luar blog saya selalu menulis. Entah kenapa di saat ini dan ketika ini, saya tertarik untuk menulis semula dan dimuatkan di dalam blog saya ini. Dek kerana sibuk dengan pembelajaran dan aktiviti persatuan, blog ini, saya jarang menulis. Bukan kerana ketandusan ilham, bukan juga kerana tiada masa, bukan juga kerana saya mula ketepikan blog kerana laman sesawang facebook yang semakin hangat. Syukur, Alhamdulillah, Allah yang Maha Berkuasa, sentiasan mengurniakan saya ilham, masa yang sentiasa mencukupi, jari yang sentiasa menulis. Kini akhirnya, jari-jemariku kembali menari-nari dalam penulis blog. Mudahan sentiasa berterusan.

Kali ini, saya tertarik untuk menulis mengenai, suburkan yang rapuh. Dalam kehidupan kita pada hari ini, perkara dan amalan yang sepatutnya subur kini kian rapuh. Saya sentiasa berpesan pada diri saya sendiri, buat apa yang sepatutnya kita buat. Kini, semakin rapuh apa yang sepatutnya kita lakukan.

Sekadar beberapa contoh:

Budaya salam (hormat-menghormati) asas dalam kehidupan sosial dalam umat Islam. Kini yang subur adalah budaya punk, budaya tak kisah dan sebagainya. Tetapi semakin rapuh budaya salam dalam kehidupan kita.

Budaya menerima pendapat orang lain dengan terbuka. Budaya ini juga semakin rapuh. Semua orang nak menangkan diri sendiri dalam segala hal. Semua orang hanya diminta ikut pendapatnya seorang sahaja. Budaya ini, tidak elok dalam kehidupan kita berorganisasi dalam masyarakat. Setiap pendapat dan pandangan adalah satu kebaikan jika dibawa bincang bersama dan mengambil faedah darinya. Tetapi hari ini, jika berbeza pandangan, pelbagai tuduhan dilemparkan sehinggakan dituduh sesat hatta ada yang sanggup mengkafirkan saudaranya. Rapuhnya perpaduan kita dalam hal ini. Maka marilah kita suburkan budaya menerima pendapat orang lain dengan terbuka. Hormatilah.

Budaya menutup aurat. Ini bukannya tetapi satu tuntutan yang sepatutnya dan sewajibnya diikuti. Tetapi tuntutan ini nampaknya rapuh. Dek kerana rapuhnya, maka pelbagai masalah telah berlaku hari ini. Saya rasa tidak perlu saya nyatakan lagi. Tuntutan ini merupakan asas dalam menyelamatkan diri dari budaya zina yang pada hari ini nampaknya subur, mana mungkin anak luar nikah lahir melainkan melalui jalan perzinaan. Hentikanlah, hormatilah hak anda, sayangilah diri anda. Tutuplah aurat.

Cukuplah, tidak perlu banyak saya tulis lagi. Anda sendiri dapat fikirkan sekarang, antara yang sepatutnya subur dan yang sepatutnya rapuh serta tidak perlu wujud. Kita ada otak, binatang pun ada otak, cuma bezanya, kita ada otak yang dianugerahnya akal untuk berfikir tetapi binatang tidak. Maka janganah jadi lebih teruk dari binatang. Suburkanlah apa yang rapuh.

No comments:

Post a Comment