NAMA, JAWATAN DAN POSTER.


Nama, semua orang ada nama. Mana mungkin orang tidak ada nama hatta benda atau makhluk lain pun diberi nama. Cuma yang bezanya nama yang diberi. Jawatan, yeke?.. semua orang berjawatan?.. Mungkin ada yang menjawab bukan smeua orang berjawatan atau tidak mustahil untuk semua berjawatan. Bagi penulis, bukannya ingin menbincangkan apa jawatan yang dipegang atau disandang. Penulis ingin membincangkan mengenai peranan yang disandang. Jawatan mungkin pada kebanggaan sesuatu orang. Namun semua peranan dimainkan oleh semua orang tanpa pengecualian. Mungkin dia perdana menteri jawatannya, jadi peranannya ialah kebajikan rakyat amnya, rakyat ialah jawatan yang dipegang jadi peranannya ialah membantu pemimpin, membangunkan sesebuah negara amnya. Mungkin jawatannya ialah presiden perwakilan pelajar, maka peranannya ialah menjaga kebajikan pelajar amnya. Pelajar yang lain pula hendaklah memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh perwakilan pelajar. Poster, biasalah, bila dah ada jawatan maka secara automatiknya, si yang berjawatan ini, agenda mesyuarat pertamanya antaranya ialah design poster.

Namun kecantikan atau keunikan poster bukan ukuran si yang berjawatan itu melaksanakan peranannya. Poster gah tapi peranan yang dimainkan tidak segah poster yang ditampal. Ini berlaku pada semua organisasi.

Di universiti misalnya, persatuan kerusi yang panas ialah kerusi presiden MPP. Kebanyakan mahasiswa mengimpikan kerusi ini. Ia empuk tapi berduri. Duduk terasa pedihnya jika tidak memainkan peranan yang sebenarnya. Siswa tidak kenal anggota MPP juga ada, sedangkan poster yang unit itu ditampal merata-rata. Mana peranan mereka yakni MPP menjadi persoalan bagi pemikir politik kampus.

Sebab itu lah bagi penulis, sekadar ada nama yang berjawatan ditampal di poster kalau tidak memainkan peranan tiada gunanya. Sekadar nak glamor, janganlah, buruk padahnya. Sekadar nak bergaya, janganlah. Dalam poster nampak macam bersatu tapi retak seribu. Penulis mengharapkan sesuatu kesatuan atau persatuan hendaklah memainkan peranan yang sejawarnya. Begitu juga mereka yang diluar organisasi, saling berinteraksi satu sama lain. Apa yang penting, kerjasama.

Pengalaman dan Pengajaran 1


Ya, semua manusia melalui, mempunyai pelbagai pengalaman yang menyeronokkan ada juga yang kurang menyeronokkan. Namun begitu, ada sebab mengapa dan kenapa Allah menguji kita sedemikian. Tidak semestinya yang pahit atau yang hitam sesuatu pengalaman itu tiada nilainya atau ertinya. Ia semestinnya memberi seribu satu erti pengajaran.

Yang manis atau yang putih itu tidak semsestinya kekal abadi. Mungkin satu hari nanti akan dikotori atau dicalit dengan sesuatu kotoran yang degil. Berat atau ringgan sesuatu pengalaman yang dialaminya adalah sesuatu yang bermakna yang Allah telah kurniakan kepada kita. Sememangnya pengalaman itu akan memberikan kita ribuan pengajaran dan jutaan hikmah. Barulah kita sedar, kenapa kita perlu melalui semua ini.