CAP JARI


Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.(Surah Al-Qiyaamah, ayat 3-4)

Orang-orang yang tidak mahu mempercayai Islam mempertikaikan mengenai kemunculan semula semua tulang-tulang orang yang telah meninggal dunia yang telah hancur di dalam tanah dan bagaimana setiap individu akan dikenalpasti di hari Akhirat.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman menyatakan bahawa Dia bukan sahaja boleh mengumpulkan kembali tulang belulang, bahkan Dia berkuasa menyusun kembali keseluruhannya termasuklah jari-jemari masing-masing.

Mengapakah ketika Al-Qur’an menceritakan mengenai keyakinan identiti setiap individu, Ia menekankan secara spesifik mengenai jari-jemari? Pada tahun 1880, selepas kajian yang dijalankan oleh Sir Francis Golt, cap jari menjadi satu kaedah saintifik untuk pengenalan individu. Tidak ada dua orang di dalam dunia yang boleh mempunyai cap jari yang sama, bahkan pasangan kembar mempunyai cap jari yang berbeza.

Inilah sebabnya kenapa polis seluruh dunia menggunakan cap jari bagi mengenalpasti penjenayah. Seribu empat ratus tahun dahulu, siapakah yang boleh mengetahui mengenai keunikan setiap cap jari manusia? Pastinya tiada yang lain selain Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

3 comments:

Anonymous said...

takbir!!!!!!!!!! :)

Unknown said...

wah..kagumnya dengan cap jari..
jemputlah ke http://loveinislam.blogspot.com

Dia adalah aku said...

subhanaalllah......