Filem Pendek Terunggul:"Aku"

Aku berasa bangga apabila sahabat aku yang satu sekolah ketika dahulu, satu negeri, satu daerah iaitu Suhaimi Zulkifli telah berjaya menghasilkan satu filem pendek beberapa bulan yang lalu. Bahkan karya beliau yang bertajuk "Aku" telah memenanggi beberapa anugerah yang telah mengharumkan nama beliau.
Karya beliau itu amat mendalam maknanya, bahkan ia memang menginsafkan kita bahkan akan membuatkan kita merenung kembali tentang kehidupan sepanjang hayat ini. Aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada beliau di atas kejayaan beliau. Mudah-mudahan beliau akan terus berkarya seterusnya menerbitkan filem yang berunsurkan keagamaan dan filem yang bahawa Islam itu indah.
Oleh itu aku ingin mempersembahkan karya beliau.. Mohon izin..


2 comments:

Anonymous said...

salam kepada saudara mustakim, lama benar xdengar berita, he.. jemputlah bertandang ke blog ana( fath-al-haq.blogspot.com) sedikit sebanyak bleh berkongsi pandangan tentang penulisan ana insyaallah

Notfah said...

Assalamualaikum..
Ana dah tengok filem pendek itu. Betul-betul menusuk qalbu. 'Aku', satu penceritaan yang memang mengisahkan tentang kehidupan kita. Sedar atau tidak sedar, itulah yang akan terjadi pada setiap insan.