Artikel ini penulis ambilnya dari website Dr Mohd Asri Zainul Abidin secara copy and paste.
Diharap dengan ini dapat menambah ilmu kita yang cetek ini serta kekeliruan kita.
Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?
Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Allah Lebih Mengetahui.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
2 comments:
Assalamualaikum.. Terima kasih untuk maklumat. Ana pun sependapat mengenainya. Banyak ahli-ahli Sufi dan ulama' terdahulu yang menyatakan bahawa jika melakukan sesuatu ini, dapat pahala sebegini. Niat mereka memang baik kerana berkehendakkan ramainya umat kita beribadah. Tapi, jalan atau caranya sudah salah. Bab pahala dan dosa ini, hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Arif mengetahuinya. Kita manusia hanya tahu sedikit sahaja. Itupun Allah telah memberitahu serba sedikit melalui Nabi tercintanya, Nabi Muhammad s.a.w.. Betul tak akhi? Macam yang pernah diberitahu oleh Kapten Hafiz Firdaus. Terlalu banyak hadis palsu atau hadis maudhu' yang masyhur. Sebab itu dalam membuat sesuatu amal ibadah itu, kita kena tahu apa hukumnya, dari mana asalnya perkara tersebut, adakah Rasulullah pernah melakukannya atau adakah Para Sahabat yang melakukannya. Dan mestilah juga mengetahui sama ada hadis tersebut soheh, hasan, marfu', mursal dan sebagainya.
Betul tak??
Kalau ana ada salah apa-apa, minta diberitahulah. Ana pun masih banyak lagi benda yang nak dipelajari. Ilmu didada tidak akan pernah penuh walaupun banyak seluas lautan.
Keapada notfah:
Terima kasih atas pandangan saudari.
Nabi Muhammad di utuskan adalah untuk memberi tunjuk ajar Islam kepda umatnya. oleh itu, kita mesti mengamalakan tunjuk ajarnya. utamakan apa yang disabdakannya. Setiap amalan itu mesti ada asalnya. apa yang penting amalan itu mestilah selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap amalan itu mesti ada ilmunya. Kadang-kadang kita tak tahu dari mana datangnya amalan ini, bila ditanya, nenek moyang dulu buat macam ni. Jwpn ini adalah salah sebab tidak disertakan dengan nas atau dalil. Sebab itu kita mungkin berfikir, apa salahnya buat ini atau itu, benda baik, apa salahnya. Tapi adakah kita nk lakukan benda yang tiada asalnya sedangkan banyak lagi benda yang ada nas dan dali yang kita belum atau jarang lakukan. Sunnah nabi cukup banyak. wallahu'alam..
Post a Comment