OH, DAIM..!!!


Emm... DAIM.. Dulu aku ada membicara mengeni DAIM idaman penggemar coklat.. dulu aku menceritakan tentang harganya yang melambung sehingga RM17.90.. Tapi kali ini, harganya.. Aku berpuas hati dengan harga ini tapi aku selalu mengharapkan agar harga ini dapat dikurangkan lagi.. Bukannya apa, kalau harga di turunkan lagi, bolehlah aku memborong DAIM banyak utk kawan-kawan aku.. hehe... Kini harganya pada 22.12.09 ialah RM 16.90. Beli tiga harganya RM 50.00.

BALADA HIJRAH

kenangan itu datang lagi,
pengajaran itu muncul lagi,
imbasan itu kembali lagi,
imbauan itu hadir lagi,
hikayat itu melakar lagi,
sejarah itu di ungkit kembali,
silam sungguh sejarah itu,
di tempuhi,
di lalui,
sungguh sukar,
dari sini ia bermula,
dari sini ia mula bersinar,
dari sini ia mula unggul,
membawa harapan,
membawa perubahan,
mencipta nama,
mencipta pembaharuan,
mencipta tamadun yang unggul,
sunguh mulia tamadun itu,
di asas pengasih Nya,
di tadbir utusan Nya,
penuh dengan tersurat dan tersirat,
mengajar umatnya merenung,
mengajar umatnya sedar,
mengajar umatnya melakukan perubahan nilai moral etika diri,
azam sering diniatkan untuk berubah,
selalu begitu,
azam berubah, sering berubah bila sejarah itu muncul,
istiqamah perlu disusuli,
kerana itu yang utama,
sejarah agung itu mengajar kita sebegitu,
tinggi sungguh nilai sejarah itu.

UM Bakir : “Aku merasai sendiri penderitaan anak-anakku selepas dua hari ditahan dipenjara”.


Khamis , 17/12/2009 – Isnin lalu, Um Bakir, seorang ibu kepada lima orang anak lelaki yang kesemuanya dipenjarakan oleh pihak Israel berdepan sendiri dengan pengalaman seksaan perit para banduan setelah dipenjarakan selama dua hari.


Di dalam kenyataan akhbar kepada Agensi Berita Safa, Um Bakir yang baru saja dibebaskan dari penjara Israel Isnin lalu mengatakan bahawa anak-anaknya sebelum ini pernah menceritakan kepadanya tentang siksaan yang dilakukan di dalam penjara tersebut, tetapi beliau tidak menjangkakan ianya seteruk itu, pada masa yang sama, beliau juga sangat berharap untuk bersama dengan anak-anak nya semula melalui persepakatan pertukaran tawanan.
Menjelaskan keadaan bagaimana beliau ditahan, katanya tiba-tiba pada tengah malam sabtu lalu, sekumpulan tentera Israel telah mengetuk rumahnya dengan kasar, dan sebaik beliau membuka pintu, tentera tersebut mengatakan bahawa beliau ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

LIMA 09 dan AKU...


LIMA 09 baru sahaja melabuhkan tirainya bagi edisi 09. Sejak penganjuran LIMA dari 1991 hingga 2009 aku tidak pernah melepaskan peluang mengikuti penganjuran LIMA ini. Pernah sekali pada tahun 2003, semasa itu aku sedang mengambil peperiksaan PMR. Bayangkan jet-jet pejuang melintasi ruang udara Langkawi dengan bising yang teramat, aku yang di dalam dewan menjawab soalan, betapa tergugatnya iman aku ini. Fikiran melayang-layang asyik teringatkan LIMA dan LIMA. Ujian yang berat untuk aku lalui. Idea LIMA ini datangnya daripada TUN DR MAHATHIR, mantan PERDANA MENTERI MALAYSIA. Sejak zaman beliau sehingga sekarang LIMA ini semakin menarik dan pelbagai perubahan telah dilakukan oleh KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA untuk menarik minat pelancong asing dan juga tempatan dan yang penting pelabur-pelabur. Bagi aku sebagai pengunjung setia serta peminat LIMA, aku mengharapkan program sebegini diteruskan diadakan di bumi LANGKAWI GEOPARK, sesuai dengan namanya serta keasliannya. Dengan ini aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog ini. Terima Kasih...

Amalan Tanpa Ilmu


Tajuk ini, hanyalah sekadar meminta padangan dari pembaca blog ini sekalian. Tajuk ini juga saya telah mempersoalkan dalam facebook saya iaitu 'bolehkah kita mengamalkan sesuatu tanpa ilmu?'.. Di sini ingin saya sertakan perbincangan saya dengan saudaraku Muhammad Nabil dalam ruangan facebook baru-baru ini.. Oleh itu, saya akan copy and paste tanpa mengubah apa-apa pun dari facebook saya ke blog ini. Berikut adalah perbincangan saya dengan Muhammad Nabil :-

Muhammad Nabil:
macam mana nk amal kalau ilmu tentang nya xde..ibaratkan orang menunggang motor tapi x tau dari awal start motor sampai la masuk gear..kalau tau makan masa juga nk mahir..kena amal kan selalu..ok..dh tau bawa dah mahir bawa..sekarang nk bawa untuk apa 'merempit' atau ke surau..mereka merempit kerana mereka berilmu tentang motor..kerana ilmu dipandu dengan iradah kemahuan hati (nafsu) atau kebijaksana akal dan emosi..siapa yang patut mengawal ilmu..mereka bertiga tapi perlu seimbang..

Mustaqim Darus:
dalam soal ibadat misalnya, bila ditanya knp buat amalan sekian2, di jawabnya, nenek moyang kami bt mcm ni, kami ikut jelah, sedangkan amalan tersebut tak ada pun dlm al-Quran dan as-Sunnah.. blh ke?..

Muhammad Nabil:
macam nk masuk isu bid'ah je nie..hehe..saya bukan lah arif..perlu merujuk yang lebih alim..ibadah jadi adat..bukan adat jadi ibadah..pokok nya..biasakan yang sebenar2 tuntutan...ikhlas dan tawakal kerana nya..jika ada perbuatan yang dulu kebiasaan(adat) yang lari dari syarak dan mendatangkan syirik..jauhi..jika suatu pekerjaan mendekatkan diri kepadaNya..bahkan menaip surat..mendodoikan anak..teruskan...sedikit coretan dari yang kurang arif lagi dhaif..

Mustaqim Darus:
zaman skrg dh maju. kitab2 agama banyak di pasaran termasuk juga e-book.. golongan agama bertebaran di merata-rata tempat smada yg bertauliah atau pun tidak, yang pasti mereka telah banyak mengorbankan masa serta wang ringgit semata-mata mencari ilmu untuk berdakwah kepada masyarakat.. namun begitu, bagi kita sebagai masyarakat atau orang awam perlulah timbul dalam diri kita untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin utk di amalkan, sekiranya sebelum ini banyak yang silap, tetiba kita di perbetulkan dengan penjelasan yang sebenar dr Quran dan Sunnah maka amallah ia. Sekiranya amalan kita selama ini tiada nas di Quran dan Sunnah, maka ketepikanlah kerana banyak lagi amalan yang di ajar dalam Quran dan Sunnah yang belum lagi kita ikut serta amalkan.. Carilah ilmu, yang berilmu berdakwahlah dengan sebaik mungkin, bukan tauliah menjadi pengukur tetapi ilmu didada menjadi ukuran. Quran menyeru kepada kita, bertanyalah kepada yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui..

Muhammad Nabil:
tauliah perlu..untuk menangkis ajaran sesat..tapi disalah guna oleh sebahagian pihak menepis sebahagian yang lain..hmm..akhir nya perkembangan ilmu jadi pengecutan ilmu..sikit orang yang menakung air(ilmu) ramai pula yang dahaga dan menagih..banyak pula yang beracun diantara si penakung air..Dunia kalakian..Penjara untuk orang baik,berilmu..fitnah menfitnah,hukum menghukum menjadi adat..jadilah si penakung air yang sebenar dan sihat biarpun takungan itu sedikit..berilah kepada mereka..

Mustaqim Darus:
yeah.. saya bersetuju dengan nabil.. biarlah air di muara mengalir dengan gembira tanpa halangan.. memberi sumber kepada yang dahaga seterusnya memberi tenaga untuk dikerjakan..

Muhammad Nabil:
Demi Allah..segala Kudrat jadi keringat..tenaga,makan minum sume datang dari Nya..Usaha juga kita lakukan keranaNya..

Kepada saudaraku Muhammad Nabil, terima kasih ku ucapkan, perbincangan sebegini untuk membuka minda serta mencambah pemikiran kita semua..

Wallahu'alam..

AKU LIHAT, AKU TAHU

AKU LIHAT MATAHARI DI WAKTU PAGI,
AKU TAHU MAHA AGUNGNYA DIA,
AKU LIHAT LANGIT TERBENTANG LUAS,
AKU TAHU LUASNYA KEKUASAAN DIA,
AKU LIHAT BULAN DI MALAM HARI,
AKU TAHU MAHA PENYANYANGNYA DIA,
AKU LIHAT BINTANG BERKELIPAN,
AKU TAHU MAHA PEMURAHNYA DIA,
AKU LIHAT PASIR,
AKU TAHU KERDILNYA AKU DI SISI DIA,
DIA ALLAH,
SUBHANALLAH..