Subur Sabar


Sudah lama saya tidak update blog ini. Almaklumlah perjalanan ke puncak amat berliku dan mencabar. Itulah matlamat,kerana bukan mudah untuk mencapai matlamat. Kini setiap perkara yang akan saya lakukan akan diaudit dan sentiasa diaudit. Itulah kehidupan kita yang subur dengan matlamat ke puncak kejayaan dengan pelbagai resipi masing-masing. Lain orang lain resipinya serta campuran adunanya. Hidup kita perlu subur dengan benih-benih kejayaan. Harapan serta dorongan diperlukan untuk ke arah itu. Bukan mudah tapi tidak mustahil untuk kita buktikan. Ketepikan seketika rasukan nafsu, tumpukan pada matlamat yang jelas, suburkan jiwa dengan keihlasan untuk mencapai matlamat. Kerana bila matlamat dicapai, kejayaan sudah kita genggam seterusnya lakukan ia dengan cemerlang kerana itu yang kita mahukan. Yang pasti matlamat tidak menghalalkan cara.

Sabar mudah disebut sukar disuburkan dalam sanubari. Jangan salahkan sesiapa bila kemalangan bas berlaku. Hakikatnya mungkin salah pemandu bas yang mengantuk tetapi tersiratnya hilang sifat yang sepatutnya subur dalam jiwa kita. Sabar. Ya, bila malam semua orang mengantuk termasuk saya secara jujurnya. Pemandu bas mesti penat dan perlukan rehat. Penumpang pula tidak sabar mahu menuju ke destinasi kerana itu matlamatnya. Pemandu pula tidak sabar mahu cepat sampai kerana mahu berehat kerana itu matlamatnya. Semuanya tidak sabar. Bila pemandu memandu pelahan, penumpang mula bising di belakang kerana bimbang sampai lewat. Bila dipandu laju, penumpang marah-marah kerana bimbang berlaku kemalangan. Masing-masing mahu menang. Kesuburan sabar lenyap seketika. Tersubur bila diketuk.