RM1000 Dan Rumah Kelamin: Pendapat Anda?.


Pasti semua orang merebut peluang ini termasuk juga saya. Siapa yang tak nak.

Ya, sekiranya peluang ini RM 1000 sebulan atau sesemester serta rumah kelamin di universiti, nescaya siswa dan siswi merebut peluang ini. Ini sekadar cadangan penulis. Namun ia telah pun dilaksanakan di salah sebuah universiti tempatan. Cuma perlaksanaannya perlu diperluaskan.

Couple di kalangan siswa dan siswi tidak dapat dielakkan lagi. Pergaulan bebas tidak dapat dinafikan amat berleluasa di IPT. Beberapa pendekatan telah diambil antaranya peraturan universiti, denda, gantung semester, buang asrama sehinggalah buang universiti. Namun ia bukanlah bersifat tegas untuk menghalang perkara ini daripada berlaku bahkan mungkin lebih berleluasa di luar sana. Tindakan buang universiti akan memberi kesan kepada pelajar khususnya secara tidak langsung kesan buruk juga boleh berlaku pada tingkat sosial masyarakat.

Pada hemat saya, peraturan sebegini hanyalah sebahagian daripada peraturan yang tertera dalam buku peraturan universiti, sekadar peraturan yang tidak dapat di patuhi oleh kebanyakan siswa dan siswi. Kerana budaya couple ini amat sukar dielakkan baik dikalangan siswa-siswi pengajian Islam atau dari mana-mana program pengajian, semua sama sahaja. Datanglah peraturan begitu atau begini sekali ia tidak kantoi, maka selamatlah mereka. Peraturan sebegini bagi saya adalah peraturan yang agak kuno kerana ia adalah peraturan yang hendak mencegah tapi disebaliknya lebih buruk lagi ia berlaku. Mungkin mereka akan insaf tapi dapatkah kita sukat keinsafan mereka di tahap mana.

Demi mencegah perkara ini, demi kemaslahatan tingkat sosial masyarakat. Tindakan yang efektif bahkan lebih berkesan perlu dibuat. Seperti ini RM 1000 serta rumah kelamin. Mungkin nampak melampau atau mungkin nampak kurang logik kerana ia lebih membawa kerosakan, namun kerosakan yang ada hanyalah sedikit sahaja, kebaikannya lebih banyak daripada kerosakan atau mungkin nampak seperti pembaziran, namun tidak salah sekerinya pelaburan yang membawa kebaikan. Banyak kaedah boleh diguna pakai seperti saddul zara’iq serta masalih mursalah.

Daripada zina lebih berleluasan, daripada perkara yang boleh mendekatkan diri ke arah perzinaan berleluasa, daripada peraturan yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar serta sosial masyarakat, apa kata kita mencuba kaedah ini. Namun pemikiran pelaksana serta yang dilaksana perlulah terbuka, pemikiran masyarakat serta ibu bapa pelajar perlulah positif, pemikiran tenaga pengajar perlulah tidak memihak mana-mana pihak serta menyokong perlaksanaan ini. Siswa dan siswa pula janganlah bila diberi peluang ini terus sertai tanpa memikir masa depan. Apa-apa pun ia semuanya di tangan anda wahai generasi pemikir. Apa yang melenting jangan cepat melatah. Bak kata Nabil, ’ LU PIKIR LA SENDIRI’

DAIM Semakin Mahal



Terpaksalah aku menerima hakikat sebenar. Ini kenyataan, ini realiti bukan fantasi. Ya, ia sekarang semakin berharga, nilainya tinggi tidak macam dahulu sekali. Aku terpaksa menghadapi kenyataan ini. Sedih aku dalam kekecewaan. Ia tak akan murah, ia akan, semakin dan terus mahal."Ya"




Baru-baru ini aku pergi ke salah sebuah kedai melayu yang banyak menjual coklat di Pulau Langkawi untuk menunaikan permintaan seseorang iaitu membeli coklat 'Daim dan Kisses'. Terkejut beruk aku bila mendapati harganya, masyaAllah, mahal giler.. huhu.. DAIM yang suatu ketika dulu harganya RM9,RM10,RM11,RM12,RM13,RM14(sekadar menyebut beberapa harga yang sempat aku membeli DAIM dengan harga tersebut) kini dah RM17.90. Tahun ini sahaja aku mendapati harganya sudah naik berkali-berkali, last aku membeli RM14.90. Kisses pula dah RM8.90. mungkin murah lagi. Mungkin harga nak buat coklat dah melambung tinggi serta kos penghantaran yang kian meningkat. Coklat di Langkawi dahn tidak murah lagi, mungkin murah sikit je dari tempat lain. Terimalah kenyataan ini.

Mujur Ramadhan


Ramadhan meninggalkan kita. Namun ia akan menjelma lagi. Kita pula belum tentu dapat bersua dengan Ramadhan. Kerana kita "rumah kata pergi, kubur kata mari". Sesungguhnya ramai di kalangan kita ingin bersua dengan Ramadhan yang akan datang.

Ya, kerana bulan inilah kita berlumba-lumba melakukan pelbagai amalan. Amalan fardhu buat yang terbaik, tepat pada waktunya, amalan sunat diperbanyakkan. Bulan ini juga, mulut kita terkunci dari caci mencaci, fitnah memfitnah dan seangkatan dengannya. Bulan ini juga ingatan kita pada Allah begitu kuat sekali, mulut menyebut Allah, berzikir serta membaca al-Quran. Kelas pengajian al-Quran dan al-Hadis diperbanyakkan, ceramah dan forum agama di mana sahaja, Qiyamullail bergema di tengah malam, amal jariah kepada fakir dan miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah pengasih dan penyanyang memakan ruang, yang berada hatta tengku-tengku di Istana tak letih tangan menghulurkan sumbangan derma. Untung sungguh yang menerima sumbangan. Si artis pula mula berpakaian 'sedikit sopan'. Turut menghulurkan bantuan. Bulan ini memang di nantikan oleh semua. Kalau boleh nak sokmo bulan Ramadhan.

Namun ada juga yang kurang enak di bulan ini. Sekadar pengalaman penulis. Suatu hari penulis dengan kawan-kawan pergi ke bazar Ramadhan, kononnya ingin membeli juadah untuk berbuka. Di suatu kedai, kawan penulis ingin membeli ayam masak merah, tanpa bertanya harganya, dia terus membeli bahagian ayam itu, kecil sahaja bahagiannya makan pun belum tentu kenyang, kawan penulis terkejut beruk bila makcik melayu itu menyebut harganya RM4, terpaksalah ambil juga, ikut hati mahu saja dibaling ayan itu kemuka makcik melayu itu. Mujur puasa. Di bazar juga, banyak sungguh makanan yang enak, tapi harganya membunuh jiwa. Sepatutnya di bulan ini makcik-makcik, pakcik-pakcik bazar Ramadhan ini ambillah kesempatan buat amal, tak rugi pun bahkan pahala menjulang. Kadang-kadang bila kita membeli, dibaginya sedikit sahaja tak berbaloi dengan harganya.

Satu lagi perkongsian. Ini pula tentang baju raya penulis. Penulis tempah di sebuah kedai pakcik melayu di bandar Kuala Terengganu, penulis hantar sebelum Ramadhan dan dijanji siap 2 minggu sebelum raya. cukup dua minggu penulis ke kedai tersebut. Belum siap lagi butang bajunya. Ok, penulis tak cakap banyak sebab dia minta datang minggu depan. Minggu depan penulis pergi, jawapannya hampir sama. Penulis sabar, tapi ada batasannya hari dan masa yang dijanjikan penulis pergi dan terus buat bising. Manalah penulis tahan dengan janji yang dibuat. Dasar melayu janji tak tepati. Marah-marah juga. Asalkan berbaloi, 2 jam penulis tunggu dan akhirnya siap juga. Marah penulis bertukar senyuman dan ucapan selamat hari raya penulis lafazkan kepada pakcik itu serta bersalam-salaman. Mujurlah penulis puasa. Marah penulis tidak sampai ke tahap jingga.

Mujur Ramadhan.

Kenapa bila Ramadhan kita banyak berubah?. Kenapa pula lepas je Ramadhan kita juga berubah, berubah kita tidak seperti di bulan Ramadhan?. Kenapa amal kita tidak sama seperti di bulan Ramadhan?.

Seorang ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau menyatakan; " Seburuk-buruk kaum ialah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan sahaj. Padahal orang soleh adalah yang beribadah dengan bersungguh-sungguh di sepanjang bulan".

HILANG


aku gagal

aku tewas

aku kalah

aku tidak terdaya

upayaku kurang

lemahnya aku

aku lemah tiada kekuatan

menitis permata mutiara putih pipiku

melalui ini tanpa upaya

semangatku hilang

hilang dihimpit kegagalan yang tidak mungkin jaya

semuanya hilang

namun

aku tercari-cari dimanakah hilangnya semua ini?

mampukah aku mencarinya semula?

ketemukah aku?