Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu”
(Surah al-Hujurat : 13)
(Surah al-Hujurat : 13)
Dari firman Allah tadi jelaslah kepada kita bahawa Maha Besar telah menciptakan dengan sebaik-baik kejadian yang penuh dengan seribu satu hikmah. Maha Agung menciptakan kita dari lelaki dan perempuan yang jelaslah di sini lagi bersuluh bahawa kita ini tidak sama antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan manakan sama, tentunya yang kita telah nampak dari bentuk fizikalnya apatah lagi dari segi pemikiran, keberanian, kemajuan, kepetahan bercakap, kretiviti dan sebagainya. Di sini sudah jelas bahawa kita tidak sama. Hatta lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan juga tidak sama dan wajah, percakapan, pemikiran dan sebagainya tidak sama juga. Begitu juga kita dengan makhluk lain. Binatang misalnya tidak sama dengan manusia. Ya.. biawak ada muka, tapi adakah muka biawak dengan manusia sama?.. Babi pun ada muka, tapi adakah muka babi sama dengan manusia.. Tentulah TIDAK.. jadi tiada kesaksamaan antara makhluk. Apatah lagi Allah Yang Maha Besar, yang menciptakan makhluk ini. Tiada sekutu bagi Allah dan Allah tidak sama dengan makhluknya.
Allah s.w.t juga telah menciptakan kita pelbagai bangsa dan bersuku puak. Ya, di sini jelas dengan wujudnya kita pelbagai bangsa contohnya di Malaysia ada Cina, ada India, Iban, Khadazan, Siam dan sebagainya bahkan wujud juga suku-suku puak. Kita juga berbeza warna kulit hitam, putih, hitam manis, sawo matang dan sebagainya. Kita tak sama. Kenapa kita diciptakan sedemikian?. Ya, Allah memerintahkan kita agar saling berkenalan antara satu sama lain.
Di Malaysia, apa yang difirmankan Allah, benar-benar wujud di Malaysia, suasananya seperti yang jelas terkandung di dalam al-Quran. Kita berbilang bangsa, bersuku puak. Adalah mustahil bagi kita untuk tidak saling berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Dengan wujudnya pelbagai bangsa dan kaum ini telah menciptakan satu budaya dan adapt-adat tradisional yang unit dan jauh berbeza antara satu sama lain. Inilah salah satu keunikan Malaysia.
Namun sejauh mana, keharmonian yang diberi nama perpaduan ini akan terus-menerus tanpa ada duri-duri perpecahan. Mungkin sukar untuk kita kekalkan suasana sebegini. Adalah tidak mustahil, jika terdapat keajaiban dari kita sendiri yang tak sama ini seterusnya kebijaksanaan pemimpin bangsa ini. Apa yang penting, pemikiran berperikemanusiaan untuk mengekalkan suasana ini.
Kita memang tak sama, janganlah menafikannya. Mungkin kita yang tak sama ini dapat bersama. Ya, kita boleh bersama kerana kita diciptakan tak sama adalah untuk bersama. Bersama untuk agama dan negara. Utama dan pertamanya, dengan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri kerana tolong-menolong adalah faktor ke arah keharmoniaan. Buanglah perasaan marah, dengki, dendam marilah kita kembalikan kesantunan, kebudian, kegembiraan untuk bersatu-padu. Banyak lagi sifat-sifat positif yang anda sendiri tahu dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan untuk memastikan yang tak sama untuk kita bersama.
Api kehancuran itu, jangan dicucuk di ladang sengketa maka akan terbakarlah merpati perpaduan.
Oleh itu, yang tak sama mesti bersama, bersama yang tak sama.
Wallahu’alam...

3 comments:
Assalamualaikum.. Betul-betul. Kita dicipta tidak sama. Tapi kita dicipta untuk bersama. Bersama-sama memacu negara kita ke arah perpaduan. Akhi sokong ke cadangan pihak kerajaan yang hendak melaksanakan kerajaan perpaduan? Tidak kira apa bangsa, apa agama, akhi rasa, macam mana?? Islam itu bukan hanya untuk kita.Tapi untuk seluruh umat manusia.
owh~ suke entri kali ni :)
kepada notfah:
tentang soalan yang diutarakan kepada saya.. akan saya entrikan jawapan saya tidak lama lagi. terima kasih di atas pandangan saudari. apa yang penting jadikan ia blog ini sebagai wadah perbincangan..
kepada Evi LoLyta:
Terima kasih di atas sokongan anda.
apa yang penting jadikan blog ini sebagai wadah perbincangan.
Post a Comment