Selamat Berpuasa

Ramadhan, semua umat Islam mengetahuinya. Bulan yang penuh keberkatan.
Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Mudahan-mudahan kita dapat melalui Ramadhan ini dengan sempurna seterusnya mudahan-mudahan kita dapat menjadi orang yang bertaqwa.
video

HARAM Satu NERAKA Satu

Nah, macam membuat pesanan di gerai mamak je. Tapi itulah, hakikatnya sekiranya banyak sangat yang haramnya dalam tubuh badan diri kita, maka ke nerakalah kita. Kadang-kadang kita tidak perasan haram atau dosa yang telah kita lakukan. Kita sering terlepas pandang tentang amalan kita. Kita lupa untuk bermuhasabah kembali. Kita leka dengan dunia yang fana ini. Mungkin kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi tidak kembali.

Ya, sering kita lupa pada Allah bila kita dalam keadaan senang. Ya, kita mula menyibuk menginggat Allah bila kita dalam kesusahan, mulalah mencari biji tasbih, tikar sejadah dan al-Quran. Kenapa kita sering lalai tentang hukum Allah?. Indah sangatkah, dunia ini?.

Ilmu kita cetek. Kita bukan ustaz atau ustazah apatah lagi seorang ulama. Kita hanya manusia biasa yang sering menagih dan mahukan pahala dari Allah yang Maha Berkuasa. Namun hukum-Nya kita persiakan, syariat-Nya kita tidak endahkan. Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Kenapa yang haram juga kita sering amalkan. Seolah-olah amalan kita tidak berteraskan ilmu. Amalan ini sia-sia saja.

Adakalanya kita susah. Ya, senang bukan untuk selama-lamanya, Ada masa kita di atas ada masa juga kita di bawah. Hidup ibarat roda. Kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil. Alangkah baiknya pengakhiran kita sekiranya kita pergi tidak kembali dalam keadaan menyebut Allah. Kita juga tidak tahu.

Kita sering diuji dengan pelagai musibah, secara tidak lansung kita mula menyebut Allah. Kita lupa sebentar kemewahan dunia. Pelbagai ujian kepada kita tanda Allah masih sayang akan kita, Allah tidak akan menurunkan ujian atau bala bagi sesiapa yang tidak mampu menghadapinya.

Bencana alam, penyakit, jatuh miskin dan sebagainya adalah lumrah dan salah satu keunikan dunia yang fana ini. Banyak dosa kita lakukan, tidak sempat bertaubat, kita telah menempah neraka. Sekurang-kurangnya bala atau ujian ini mengisafkan kita, kita kembali bertaubat mohon keampuanan Allah.
Sekarang ini misalnya kita diuji dengan H1N1. Bala ujian yang telah meragut ribuan nyawa di bumi yang fana ini. Sekurang-kurangnya, kita mula mengenal diri kita, kita mula membersihkan diri, kita mula berdoa pada Allah, kita mula mempertingkatkan amalan fardhu kita, kita mula memperbanyakkan amalan sunat kita. Alhamdulillah, kita mula sedar.

Semua manusia tidak terkecuali dari menerima ujian. Juga semua manusia harus memainkan peranan membasmi penyakit ini. Ambillah langkah-langkah yang telah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sebagai orang Islam, utamanya berdoalah kepada Allah. Allah segala-galanya.
Benda yang haram, jauhilah. Neraka, mohon pada Allah minta dijauhkan. Mati, mudahan mati kita dalam Islam menyebut Allah serta sempat bertaubat. Yang halal, lakukankanlah mudahan nikmat dan hikmat dunia fana ini kita kecapi hingga ke akhirat. Tegur dan nasihat-menasihatilah kita sesama umat.








Wallahua'lam.

Pengalaman dan Pengajaran 2


Tetiba saya rasa perlu menghadapi semua ini. Banyak ujian dan rintangan yang saya perlu hadapi. Semua ini memberikan saya lebih tabah, sabar dan berhati-hati serta berfikir sebelum bertindak. Ujian dan rintangan ini memberikan saya seribu erti pengajaran yang bermakna. Banyak sungguh anasir-anasir yang yang sudi memberikan saya ujian dan rintangan. Ketika ini, saya perlu sokongan untuk mematangkan tindakan saya serta pemikiran saya.


Saya memerlukan pandangan orang terhadap saya, saya memerlukan harapan dari orang sekeliling saya, sesungguhnya saya memerlukan pengajaran dari alam sekeliling saya. Saya juga sebahagian dari alam tersebut. Ada indahnya tersendiri.


“ISA”: Pandangan Penulis


Penulis rasa terpanggil untuk memberi pandangan, membincang dan berkongsi pandangan cara pembaca berfikir mengenai ISA. Sebagaimana kita sedia maklum baru-baru ini ada ‘persembahan jalanan’,’persembahan siapa jalan paling jauh diatas jalan raya’, ‘persembahan topeng siapa paling menggoda’ atau ‘persembahan siapa baling batu paling jauh’ mungkin juga pertandingan ketiak siapa paling masam’. Persembahan yang proposalnya tidak dicop kelulusan ini, telah menarik minat ramai orang melayu yang suka ‘mencium ketiak’ orang ini menyertai persembahan ini. Namun apa yang dikehendaki dari persembahan ini. Menurut akhbar-akhbar, media massa kebanyakan mereka yang menyertai persembahan ini, mahukan ISA dihapuskan atau dimansuhkan.

Penulis tidak mahu membicara mengenai apa itu ISA atau sejarah ISA secara terperinci, kerana pembaca sememangnya sudah arif dari penulis mengenai ISA, lagi pun sekarang sudah banyak bahan bacaan mengenainya yang penulis yakin, anda mampu mendapatkannya.

“ISA” bukan nama orang. Namun ia adalah undang-undang atau peraturan yang digubal. Ya, undang-undang. Undang-undang adalah di haruskan bahkan syariat dalam Islam kerana ia adalah salah satu kaedah untuk menghalang atau mencegah dari ancaman yang berbahaya atau kemaksiatan atau kefasidan yang boleh berlaku bila-bila masa di mana sahaja atau pun (saddul zarai’q). Sekiranya ia terus berlaku tanpa ada halangan maka sesuatu malapetaka akan berlaku seterusnya memberi kesan yang tidak baik pada kehidupan. Jadi ‘ISA’ adalah undang-undang.

Persoalannya yang sering diperkatakan ialah sejauh manakah pengamalan atau pengadilan ‘ISA’ itu benar-benar adil. Pengamalannya adakah tepat dan tidak pilih bulu. Perbicaraan adakah dijalankan, diadili sebaik-baiknya dengan membawa bukti-bukti yang benar lagi kukuh bersaksikan seseorang yang benar-benar boleh bercakap benar. Tahanan yang dijalankan secara bersistem dan berperikemanusiaan. Hukuman kepada yang bersalah bukan untuk menyiksakan jiwa tahanan dan juga jiwa keluarga tahanan namun sekadar pengajaran terhadap perlakuannya. Ruang perbicaraan dan diadili harus diutamakan, bukannya humban ke dalam penjara tanpa diadili.

Jika ditanya kepada penulis, pendapat tentang ISA, itulah jawapannya. Kajian harus dijalankan terhadap kewajaran ISA samada pinda, gubal, tukar nama, mansuh atau hapuskan adalah ditangan anda. Ya, ditangan anda.

Filem Pendek: "SENJA"

Ini adalah sebuah lagi filem pendek arahan sahabatku Suhaimi Zulkifli. Filem pendek keluaran hasil keluaran pelajar ASWARA ini akan ditayangkan tidak lama. Saksikan...

video