“Pemimpin” setiap kali menjadi topik perbualan dikalangan ahli politik, samada yang terlibat secara langsung atau tidak, di instutusi pengajian tinggi, di segenap tempat bandar mahu pun ulu pendalaman bahkan ketika bermain dam haji di kedai kopi pun masih sempat berbual tentang pemimpin.
Pemimpin dibedah dan dianalisis sehingga nampak segala bahagian badan dan jiwanya. Turut dipertikaikan ialah personaliti pemimpin, apa yang dituturnya, jenis pakaiannya (fesyen) dan kederaannya, senyum dan masam mukanya, bersih atau rasuah dalam tindakannya dan sebagainya. Daripada yang serius sehinggalah yang remeh-temeh.
Pemimpin adalah subjek yang menarik adalah orang yang berada dalam keadaan memimpin, membinbing, menasihati dan memandu sesuatu kumpulan ramai dalam banyak urusan. Pemimpin yang paling menonjol sudah pasti pemimpin politik. Malah apabila disebut pemimpin biasanya diertikan bahkan ada yang memahaminya sebagai pemimpin politik walaupun tidak semuanya begitu. Kepimpinan tidak terbatas dalam urusan politik bahkan dalam kekeluarga, dalam erti kata yang lain jika terdapat 3 orang daintara kamu, maka lantiklah seseorang sebagai ketua.
Segala jejak langkah pemimpin diawasi. Ini membuktikan bahawa segala tindak-tanduk pemimpin diperhatikan bahkan akan dipertikaikan sekiranya tidak melaksanakan kuasa utama yang diberikannya padanya iaitu bagi memyempurnakan sesuatu yang boleh menentukan masa hadapan atau kebajikan orang ramai melalui tindakan yang diputuskannya.
Plato dalam karyanya ‘The Republic’ 2500 tahun dahulu mengatakan “ pemerintahan oleh orang-orang bijak, mereka ini merupakan kumpulan kecil yang terlatih dan mahir dalam hal ehwal kepimpinan. Dengan kemahiran mereka dalam bidang yang khusus ini, masyarakat dijangka akan hidup bahagia”. Aristotle anak murid Plato yang berminat soal pemerintahan turut membincangkan soal kepimpinan. Sejauh mana syor-syor mereka itu diikuti tidak diketahui, tetapi mereka telah meninggalkan warisan intelektual yang berguna untuk rujukan generasi terkemudian.
Kedatangan Islam, Agama yang terbaik dan terunggul dari agama-agama yang lain, amat mementingkan konsep kepimpinan. Contoh yang terbaik ialah Kepimpinan Rasullullah. Baginda bukan sahaja menjadi pemimpin agama bahkan dalam bidang politik, ekonomi dan sebagainya. Ini diakui oleh beberapa tokoh bukan Islam terhadap Rasulullah antaranya, George Bernard Shaw dilahirkan di Dublin pada tahun 1856. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah, pemikir, seniman, pengkritik, tokoh intelek, tokoh sastera, penulis dan aktivis masyarakat. Pernah dikurniakan anugerah Nobel Sastera pada tahun 1925. Kemampuan dan ketokohannya dalam pelbagai bidang menjadikannya disanjung oleh masyarakat Barat hingga kini.
Dalam bukunya yang bertajuk ‘The Genuine Islam’, beliau berkata: ‘Saya sentiasa menyanjung agama yang dibawa oleh Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia adalah satu-satunya agama yang pada pandangan saya mempunyai kemampuan untuk disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam kehidupan. Justeru, menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya mengkaji manusia hebat itu, yakni Nabi Muhammad dan pada pandangan saya beliau bukannya anti Nabi Isa, sebaliknya beliau layak digelar sebagai Penyelamat Umat Manusia’
Sifat-sifat Nabi Muhammad seperi siddiq (benar), amanah (kepercayaan), tabliqh (menyampaikan) dan fatanah (bijak sana) merupakan faktor utama Baginda disegani oleh semua umat manusia tanpa menafikan kehebatan Baginda.
Abu Hassan al-Mawardi (abad ke-11) menulis ‘Peraturan Dalam Pemerintahan’ yang membicarakan persolan khalifah atau ketua negara (imamah) menurutnya pemimpin harus adil (lbercakap benar) amanah dan bersih daripada perkara yang meragukan serta tenang dalam semua keadaan.
Ibnu Khaldun seorang pemikir dan ahli sosiologi yang terawal telah menulis tentang sifat baik dan buruk para pemimpin Islam dan yang patut dicontohi berdasarkan pengalaman yang luas dalam pemerintahan raja dibeberapa buah negara.
Ibnu Taymiyyah (abad 13-14) menekankan soal kepimpinan dan amanh dalam pemberian sesuatu tugas. Disini timbul dilemma, apakah seseorang yang cekap tetapi tidak beramanah harus didahulukan daripada seseorang yeng beramanah tapi tidak berkemampuan. Nampak pilihannya ialah pada kecekapan dan keberkesanan dalam menjalankan sesuatu tugas kecuali dalam usaha-usaha yang memerlukan sifat amanh seperti menjaga wang negara. Dalam menetukan kelayakan seseorang pemegang jawatan hendaklah dielakkan amalan nepotisme yang berasaskan pertalian keluarga.
Kepimpinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan diambil ringan. Setiap manusia adalah pemimpin cuma yang bezanya ialah organisasi yang dipimpinnya. Tanggungjawab pemimpin bukanlah mudah, yang utamanya kebajikan dan harapan untuk masa hadapan. Banyak laluan sukar dilalui oleh pemimpin. Janganlah menghukum pemimpin tanpa sebab dan alasan yang munasabah dan tanpa selidiki. Ingatlah bahawa setiap pemimpin adalah amanah yang dipertanggungjawab dan akan disoal kelak. Akhirnya berpeganglah pada falsafah “think like a leader”. Mungkin dengan cara ini membuatkan anda akan menjadi pemimpin yang terpimpin.
Wallahu’alam.

oren itu aspirasi
0 comments:
Post a Comment