“ISA”: Pandangan Penulis


Penulis rasa terpanggil untuk memberi pandangan, membincang dan berkongsi pandangan cara pembaca berfikir mengenai ISA. Sebagaimana kita sedia maklum baru-baru ini ada ‘persembahan jalanan’,’persembahan siapa jalan paling jauh diatas jalan raya’, ‘persembahan topeng siapa paling menggoda’ atau ‘persembahan siapa baling batu paling jauh’ mungkin juga pertandingan ketiak siapa paling masam’. Persembahan yang proposalnya tidak dicop kelulusan ini, telah menarik minat ramai orang melayu yang suka ‘mencium ketiak’ orang ini menyertai persembahan ini. Namun apa yang dikehendaki dari persembahan ini. Menurut akhbar-akhbar, media massa kebanyakan mereka yang menyertai persembahan ini, mahukan ISA dihapuskan atau dimansuhkan.

Penulis tidak mahu membicara mengenai apa itu ISA atau sejarah ISA secara terperinci, kerana pembaca sememangnya sudah arif dari penulis mengenai ISA, lagi pun sekarang sudah banyak bahan bacaan mengenainya yang penulis yakin, anda mampu mendapatkannya.

“ISA” bukan nama orang. Namun ia adalah undang-undang atau peraturan yang digubal. Ya, undang-undang. Undang-undang adalah di haruskan bahkan syariat dalam Islam kerana ia adalah salah satu kaedah untuk menghalang atau mencegah dari ancaman yang berbahaya atau kemaksiatan atau kefasidan yang boleh berlaku bila-bila masa di mana sahaja atau pun (saddul zarai’q). Sekiranya ia terus berlaku tanpa ada halangan maka sesuatu malapetaka akan berlaku seterusnya memberi kesan yang tidak baik pada kehidupan. Jadi ‘ISA’ adalah undang-undang.

Persoalannya yang sering diperkatakan ialah sejauh manakah pengamalan atau pengadilan ‘ISA’ itu benar-benar adil. Pengamalannya adakah tepat dan tidak pilih bulu. Perbicaraan adakah dijalankan, diadili sebaik-baiknya dengan membawa bukti-bukti yang benar lagi kukuh bersaksikan seseorang yang benar-benar boleh bercakap benar. Tahanan yang dijalankan secara bersistem dan berperikemanusiaan. Hukuman kepada yang bersalah bukan untuk menyiksakan jiwa tahanan dan juga jiwa keluarga tahanan namun sekadar pengajaran terhadap perlakuannya. Ruang perbicaraan dan diadili harus diutamakan, bukannya humban ke dalam penjara tanpa diadili.

Jika ditanya kepada penulis, pendapat tentang ISA, itulah jawapannya. Kajian harus dijalankan terhadap kewajaran ISA samada pinda, gubal, tukar nama, mansuh atau hapuskan adalah ditangan anda. Ya, ditangan anda.

2 comments:

Notfah said...

Assalamualaikum..
Pasal ISA ni kan, ana pun tak nak komen sangat. Sebenarnya, kita sendiri boleh berfikir dan menilai, mana satu kaca, mana satu permata.
Tak perlu terlampau taksub sangat sehingga bawa mudharat pada diri sendiri. Bukan taksub yang macam mana. Cuma tak payah nak...lebih kurang macam tu lah. (tak tahu nak cakap apa) Banyak lagi yang kita perlu fikirkan selain apa yang orang lain sedang sibuk difikirkan.

Umar Furqan said...

kadang-kadang yang kaca itu memberi kita seribu erti nilai untuk kita berfikir secara matang serta membuatkan kita berusaha untuk memperbaiki serta memperelokkan serta menghias untuk beri nilai padanya. Kadang-kadang yang permata itu membuatkan kita terpesona dan taksub dengan nilai yang ada pada permata itu sehinggakan kita lupa untuk berfikir serta memperbaiki yang mana silap dek leka dengan nilai pada permata.