Tetiba saya rasa perlu menghadapi semua ini. Banyak ujian dan rintangan yang saya perlu hadapi. Semua ini memberikan saya lebih tabah, sabar dan berhati-hati serta berfikir sebelum bertindak. Ujian dan rintangan ini memberikan saya seribu erti pengajaran yang bermakna. Banyak sungguh anasir-anasir yang yang sudi memberikan saya ujian dan rintangan. Ketika ini, saya perlu sokongan untuk mematangkan tindakan saya serta pemikiran saya.
Saya memerlukan pandangan orang terhadap saya, saya memerlukan harapan dari orang sekeliling saya, sesungguhnya saya memerlukan pengajaran dari alam sekeliling saya. Saya juga sebahagian dari alam tersebut. Ada indahnya tersendiri.
2 comments:
Assalamualaikum..
Biasalah kalau dalam kehidupan kita mesti ada ujian dan cabaran. Kalau tidak ada ujian atau cabaran, maka hidup pun tak seronok.
Umpama pertandingan bola. Team A lawan Team B. Team A menang 100 gol, tapi, Team A tak merasakan keseronokan walaupun menang banyak hanya kerana Team B berdiri membiarkan gol.. Dan andai kata Team A hanya menang 1 gol daripada Team B, tapi, ia akan merasakan kepuasan kerana adanya cabaran untuk menang.
Dugaan yang kita tempuhi mengajar kita erti kematangan. Cabaran yang kita lalui memberikan kita erti kesabaran. Ujian yang kita hadapi menjadikan kita lebih berfikiran jauh. Segala apa yang terjadi, menjadikan pengalaman kita bertambah dan segalanya boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk diri kita.
Apa yang penting, kita tidak putus terhadap rahmat Tuhan..
salam elaik...
ujian itu bertujuan untuk menabahkan hati kita bukan untuk melemahkan kita
ujian itu satu anugerah bukan satu bala untuk kita...
ujian itu untuk kita memperingati Allah bukan untuk meratap menangis dan kecewa.
redha dengan ujiannya...
ujian itu terdiri daripada kesusahan,kesenangan,kemewahan,kemiskinan,kesempitan,kelapangan dan bla3....
jadi sentiasalah beringat...ujian itu datang dari Allah untuk kita belajar cara mengenal yang mana dunia yang mana akhirat...
wallahu'alam
Post a Comment