Kan Best Kalau Macam Ni Hari-Hari


Saya menulis artikel ini sudah 55 minit kempen pilihan raya P36 Parlimen Kuala Terengganu berakhir. Oleh yang demikian pada seawal pagi Sabtu 17.1.2009 maka berduyun-duyunlah para pengundi di P36 akan keluar mengundi. Cara memangkah sudah diajar, Cuma siapa yang hendak di pangkah hanya mereka yang tahu.

Abdul Wahid Endut (PAS), Wan Ahmad Farid (BN) dan Azharudin Mamat (BEBAS), menjadi igauan dan puaka pesisir pantai bagi pengundi.

Pelbagai santau, pukau dan bacaan mentera telah dilakukan oleh ketiga-ketiga calon ini bagi menarik hati rakyat. Maka tidak hairanlah, makcik, pakcik, tok, tok ki yang berkerusi roda dipimpim oleh calon-calon, maka berebut-rebut pula jurugambar mefotokan gambar mereka, makcik disarung selipar, buluh bendera menimpa kepala pula maka bergegaslah sang calon menziarahi, tanah yang dahulunya pejal rata mula lah kalut hendak dipecahkah, bermulalah pesta rasmi-merasmi pusat tulah, jabatan inilah, pelbagai janji manis yang dilemparkan, mudah-mudahan janji itu bukan janji kosong tapi biarlah berisi, homestay-homestay yang dulunya sunyi kini menjadi rebutan, pelbagai rejimen dari pelbagai company dan divisyen turun menyusun strategi untuk menawan puaka pesisir pantai. Jalanraya yang sebelum ini hanya binatang, haiwan, buah-buahan yang lalulalang kini mula sibuk dengan toyota, honda, pendek kata kereta mewah. Perniagaan makanan makin maju, pendek kata mudah faham duit yang diperolehi sepanjang perebutan puaka pesisir pantai sudah cukup untuk tidak berkerja selama setahun.

Apa yang mengembirakan ialah, makcik, pakcik yang tinggal di kampung, dek kerana sang calon hendak mewarisi puaka pesisir pantai maka jalan yang sebelum ini tidak berturap, kini diturap semolek-moleknya, lampu yang selama ini tidak dinyalakan kini terang dek puaka pesisir pantai, simiskin yang berbumbungkan atap yang tiris kini dutukar ganti dengan yang baru, poket yang sebelum ini kosong, kini sudah cukup untuk lepak dengan kawan sambil minum kopi di warung-warung.

Kata seorang yang rapat dengan saya ’kan bagus kalau macam ni hari-hari, kampung aku yang sebelum ini tak pernah dikerumuni wartawan dan VVIP kini selalu dilawati’

Katanya lagi “kan bagus kalau sebulan sekali ada ahli parlimen yang mati’ dengan nada guarauan. Saya tersenyum dengan gurauannya itu.

Saya faham maksudnya, penduduk atau rakyat hanya dibela apabila tibanya musim pilihanraya. Yang selebihnya minta fikir sendiri.

Akhir sekali, pilihlah calon yang berwibawa untuk kepentingan bersama bukannya individu atau pun bukan kerana wang yang disogokkan.

Teringat kata-kata kawan saya ketika sedang makan malam disalah sebuah restoren di Terengganu tapi bukannya di kawasan P36. katanya dengan guarauan “ seorang rakyat g dengar ceramah PAS, bila penceramah meminta mengundi PAS, semua pendengar membalasnya ’BEREH’. Tapi esoknya bila tiba time mengundi, ditanya kembali ’tadi mu ngundi gapo? Jawapnya dengan pelahan ’BN’, lor ngapo mu g undi BN kan dah mu ghoyat nak undi PAS. Jawapnya ’ emm, nak buat guane dah 5 riyal masuk poket“.

Moralnya janganlah undi kerana duit, wahai pengundi bukalah minda celikkan hati.

Wallahu’alam…

0 comments: