SAKIT PERUT DAN MADU

Disebutkan di dalam dua kitab hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) sebuah hadith berasal dari Abu al-Mutawakkil daripada Sa’id al-Khudri r.a:

Maksudnya: “Bahawasanya ada seseorang lelaki menghadap kepada Nabi s.a.w lalu ia berkata: Saudaraku sakit perut! Maka Nabi s.a.w menyarankan kepada orang itu: Beri minumlah ia dengan madu! Lalu orang itu pulang. Tidak lama kemudian ia kembali lagi seraya berkata: Telah saya berikan minuman madu keadanya, namun tidak berikan hasil apa-apa. Dalam riwayat lain: malah penyakitnya bertambah berat. Demikianlah dua atau tiga kali: setiap orang itu datang Nabi s.a.w bersabda: Berikanlah madu kepadanya: Sungguh benarlah Allah s.w.t dan perut saudaramulah yang berdusata!
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w menganjurkan agar orang yang sakit perut itu diberi minum madu, guna membersihkan sisa-sisa makanan yang bercokol di sekitar perut dan usus. Sebab antara faedah madu itu adalah berperanan sebagai pembersih perut, terutama bila diminum dengan air suam.

Adapun pemberian madu berulang-ulang itu adalah termasuk rahsia rawatan. Iaitu bahawa kadar ubat harus tepat dengan keadaan penyakitnya, jika kurang maka ia tidak dapat menghilangkan penyakitnya itu dan jika berlebihan maka kekuatannya akan hilang dan malah akan timbul kesan sampingan yang lain. Kerana itulah, ketika Rasulullah s.a.w diberitahu tentang tidak berkurang penyakit orang tersebut, Baginda s.a.w mengerti bahawa kadar yang diberikan kepada orang itu belum mencukupi untuk mengusir penyakit tersebut lantas Baginda s.a.w menyuruh memberikannya lagi.

Sedangkan perkataan Baginda s.a.w sungguh benarlah Allah s.w.t dan perut saudaramulah yang berdusta! Menunjukkan bahawa kebenaran manfaat madu itu, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)
(Surah al-Nahl 69)

(Tentang madu lebah menjadi ubat penawar bagi berbagai-bagai penyakit diterangkan juga di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w dan diakui oleh ahli-ahli perubatan dahulu dan sekarang)

Masih ada penyakit dalam perut orang itu bukan kerana madu itu tidak berperanan, tetapi disebabkan oleh dustanya kerana banyak zat-zat yang rosak di dalamnya. Maka Baginda s.a.w menyuruh mengulangi pemberian madu itu kerana banyak zat-zat yang rosak.

Di dalam Sunan Ibn Majah disebutkan sebuah haidth dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi:


Maksudnya: “Barangsiapa minum madu tiga hari setiap bulan, maka ia tidak ditimpa malapetaka yang besar.”
(Riwayat Ibn Majah)

Adalah Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa minum madu campur air setiap pagi sebelum makan apa-apa. Hal ini mengandungi suatu rahsia yang sangat besar guna memelihara kesihatan

Didalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Al-Haakim sahihnya disebutkan:

Maksudnya: “ Pakailah dua penyembuh: Madu dan Al-Quran”.
(Riwayat Ibn Majah)

Di dalam hadith ini terhimpun dua rawatan: Rawatan manusia dan rawatan ilahi; Rawatan badan dan rawatan jiwa serta rawatan dengan ubat bumi dan rawatan ubat samawi.

Di dalam hadith tersebut, terdapat dua aspek iaitu dengan menggunakan bahan alamiah dan dengan bantuan zikir menyebut Asma Allah, menyerahkan urusna kepada-Nya dan berserah diri (tawakkal) kepada-Nya. Oleh yang demikian kesan rawatan ini lebih mantap dan mampan.

8 comments:

~Ummi Ani~ said...

Salam, nice to know this blog. Khasiat madu lebah untuk mengubati berbagi penyakit jelas diterangkan tetapi masih ramai yang takut manisnya....

muhammad fakhrullah said...

madu juga ubat bagi kencing manis..

Nurul Huda Seenice said...

Terima kasih di atas perkongsian. Tapi sekarang banyak madu di pasaran. Kita kene tengok mana satu yang benar2 original tanpa campuran. Kadang2, ada yang bercampur gula

Rabiatul said...

Terima kasih atas perkongsian..madu kelulut memang terbaik ^_^

Anonymous said...

Dapatkan yg asli madu dr.bazeul dengan enzim 36++
Hubungi saya hj.razali di 0195703534. Money back guaranteed.

Anonymous said...

Madu dr.bazrul >32
Madu manuka 31
Madu kelulut 13-19
Standard madu asli Codex Internasional >8
Awas 80% madu dipasaran didapati palsu-kajian Univ.Malaya.

Anonymous said...

http://www.wasap.my/+60195703534/pesananmaduasli

Unknown said...

Bleh aja try titikan madu ke atas piring campurkan air suam Dan kocakkan nnti sausaudara akan nampak madu tu bertukar bentuk sarang lebah itu madu asli saya dah pun Cuba