PUJIAN DAN CERCAAN

Penulis yakin dan percaya bahawa semua manusia pernah, sedang menerima atau berada dalam keadaan pujian dan cercaan. Namun sejauhmana pujian dan cercaan itu benar-benar menyentuh diri kita atau benar-benar memotivasikan kita, Adakah pujian yang menggunung tinggi membuatkan kehidupan kita senang atau berada dalam keadaan zon selesa. Adakah pujian itu benar-benar memuji atau sindiran pada kita atau adakah pujian itu bertujuan untuk kepentingan. Cercaan, adakah benar-benar menyakitkan, adakah cercaan tanda itu tandanya benar menyentuh diri kita, adakah cercaan itu rasa tidak puas hati seseorang pada kita atau cercaan yang positif.

Namun begitu manusia yang berfikir akan sentiasa beranggapan bahawa pujian dan cercaan adalah bersifat positif.

‘Pujian’ semua manusia suka akannya. Namun kita kadang-kadang terlalu ambil remeh, mungkin pujian yang dilemparkan adalah bertujuan untuk mengkritik atau membodek demi kepintingan.

‘Cercaan’, kadang-kadang ia bukanlah terlampau negatif cuma mungkin benar cercaan yang dilemparkan itu. Mungkin juga dengan cercaan kita dapat memperbetulkan diri kita yang serba daif ini. Maka atas kitalah untuk mempositifkannya dan jadikannya sebagai faktor untuk membina diri.

“Bisa pujian lebih dasyat daripada cercaan yang mungkin madu”. Mungkin YA.

1 comments:

Anonymous said...

syeikh mustaqim berceramah laaa..hehe
hmm...sememangnya cercaan atau pujian lumrah dalam arus kehidupan....namun pemikiran yang pasitif akan menggantikan yang negatif..
cercaan hanyalah sekadar luahan kata-kata seorang manusia yang hakikatnya hamba allah jua..baik buruk imbalannya pahala dan dosa...sebagai manusia sabar adalah ubat paling sepmurna untuk menanganinya..insayallah pasti ada balasan atas apa yang dikerjakan jua...:)

izzuddin UDM