Exam Dunia…Exam Akhirat


Sekarang ini musim exam bagi kebanyakan universiti termasuk universiti tempat saya mencari ilmu dan menimba pengajaran. Semasa saya menulis ini, saya baru sahaja melepasi exam dua subjek, jadi hanya tinggal lima subjek lagi untuk saya tempuhi. Bosan serta boring saya ambil sedikit masa untuk menulis coretan ini. Asyik mengadap buku, boring juga. Almaklumlah bila dekat nak exam baru nak sibuk study.


Bila datangnya exam, mulalah sibuk nak study. Mulalah mencari maklumat. Mulalah mencari terjemahan. Mulalah mencari formula. Mulalah meminjam buku kawan. Mulalah nak photostat nota-nota. Mulalah pergi jumpa pensyarah. Mulalah lepak kat library sepanjang masa. Mulalah sibuk. Kita selalu lupa tentang ini bila masa kita lapang.


Itu baru exam dunia belum lagi exam akhirat.


Bila datangnya malapetaka misalnya gempa bumi, tsunami, banjir, ribut taufan dan sebagainya. Mulalah insan-insan di muka bumi ini mencapai tikar sejadah menyembah sujud Maha Berkuasa. Mulalah menadah tangan memohon hajat pada Ilahi. Mulalah tajuk khutbah untuk mengingatkan tentang ujian Ilahi ini serta mengisafi ujian Ilahi ini. Mulalah ceramah tentang kesedaran menjaga alam ciptaan Ilahi ini. Mulalah berlumba-lumba membuat kebaikan. Kita selalu lupa tentang ini sebab kita suka menikmati keindahan dunia yang fana ini.


Itu baru exam dunia, ingatan untuk akhirat kelak.


Kita di akhirat belum tentu lagi keadaanya. Mati pun belum tentu lagi keadaanya. Hari esok pun belum tentu lagi bagaimana keadaan kita. Kita tidak tahu. Apa yang mampu kita lakukan yang terbaik tingkatkan amalan kita kepada Allah. Hendak lulus untuk mendapat ganjaran syurga, amalan di dunia lakukanlah dengan berpandukan ajaran Islam, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan melanggar prinsip ini.


Hidup di dunia ini hanya sementara. Indahnya dunia, ujian-Nya untuk kita. Hidup ini ada yang suka kita, ada juga yang benci kita. Ada kawan, ada lawan. Sakit dan sihat ujian-Nya untuk kita, tandanya DIA sayang akan kita dan mahu selalu meningati-Nya. Hidup ini ada yang suka tengok kita senang ada pula yang hasad dengki dengan kita. Kita di dunia belum pasti bagaimana keadaan kita di hari esok serta seterusnya. Mudahan hidup kita sentiasa di rahmati Allah serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya.


Kepada Y.Bhg Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Perlis. Ilmumu sungguh bernilai. Usahamu mencari ilmu seterusnya berdakwah mengajak masyarakat mengerti Islam yang sebenarnya adalah satu anugerah Allah yang paling tinggi nilainya kepadamu. Penahananmu adalah satu ujian bagimu. Kesabaran dan ketabahanmu diuji tanda Allah sayangkanmu. Biar siapa pun dengki padamu, ku harap engkau terus berdakwah. Sudah menjadi lumrah bagi ilmuan seperti mu didugai dengan pelbagai ujian seperti mana ilmuan-ilmuan Islam yang terdahulu, mereka mengajak masyarakat mengerti Islam sebenarnya, tapi dek kerana hasutan dengki mereka ditahan, dipenjara diseksa dan sebagainya. Inilah lumrah untuk mereka yang mempertahankan Islam serta Sunnah. Mudahan Allah memberkati usahamu.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan dok Cakap Kemas Sangat weh...benci aku dengor..

Anonymous said...

ada aku kisah