Debat Atau Bincang


Penulis rasa terpanggil untuk mengutarakan atau membincangkan mengenai perkara ini takkala ada sesetengah hamba Allah yang telah mencadangkan untuk mengadakan debat dengan hamba Allag yang lain. Penulis sedia maklum, bahawa dua hamba Allah ini adalah beragama Islam manakala dari bangsanya pula ialah Melayu.

Penulis tiba-tiba terfikir akan cadangan hamba Allah ini ."debat". Pada pandangan penulis, cadangan ini perlu dinilai di sebalik cadangan ini. Namun, mungkin tidak dinafikan bahawa ada orang yang bersetuju dengan pandangan ini terutama mereka yang taksub, rapat, kenalan atau sependapat dengan hamba Allah ini. Bukan semua cadangan akan dipersetujui, ya, ada orang yang tidak bersetuju dengan cadangan hamba Allah ini terutama mereka yang tidak sependapat atau mungkin musuh hamba Allah ini. Namun ada juga yang bersetuju atau tidak bersetuju kerana bimbangkan kepetingan diri akan terjejas.

Cukup sekadar itu. Bagi penulis yang kurang ilmu ini, sekadar pendapat penulis semata-mata, mungkin ada yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendangan penulis ini, itu hak anda. Namun apa yang penulis harapkan ialah cadangan dari kalian.

Nah, bagi penulis. Pertama sekali kita kembali kepada al-Quran yang mengutamakan prinsip musyawarah (perbincangan). Penulis tertanya, apakah tujuan sebenar tanpa tersirat cadangan hamba Allah ini. Adakah untuk mencari kesalahan antara satu sama lain atau membuka aib masing-masing atau mungkin untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Tentang debat. Ya, penulis tak nafikan ada kebaikan dan keburukan. Tapi bagi penulis, debat harus bertatasusila. Mungkin menarik, sekiranya tercetus debat antara ilmuan Islam dengan dengan agama lain untuk membuktikan Islam itu agama benar. Penulis bersetuju dengan ini. Tetapi dengan ini, berdebat sesama Islam beberapa perkara harus dilihat. Tujuan dan niat yang utama, bukan atas dasar kepentingan, bukan untuk aib kan seseorang, bukan untuk pergaduhan selepas debat, bukan menfitnah, mencaci semasa debat atau sesudah debat dan banyak lagi harus diteliti. Namun cadangan kali ini, penulis melihat atas dasar parti dan kepetingan parti bukan atas dasar menyeluruh. Bahkan isu yang diperdebatkan juga harus diteliti, bimbang debat ini hanya untuk hiburan sahaja tanpa tindakan selepasnya. Mungkin sekadar membuang masa. Penulis, mungkin akan tertawa lucu melihat debat kedua-dua pihak ini. Debat ini bukan debat pertandigan atau debat diraja.

Secara ikhlasnya penulis tidak bersetuju dengan cadangan debat ini. Kerana ada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah iaitu dengan perbincangan. Ini diajar dalam al-Quran dan Sunnah. Ini akan membawa kebaikan antara kedua pihak. Bahkan akan membawa keharmonian sesama kita yang hidup di negara yang unit ini. Siapa pun kita, ulama, pedana menteri, mufti, ilmuan, tukang kebun, pensyarah, guru agama, pelajar, murid-murid, pakcik,makcik, tok, tokwan, tok ki, opah, mak, ayah atau perbezaan pendapat sesama kita marilah kita kembali kepada ajaran al-Quran as-Sunnah.

wallah'alam..

3 comments:

Notfah said...

Assalamualaikum..
Debat?? adalah sesuatu yang baik kalau dapat membawa kepada kebaikan atau dapat menambahkan ilmu di dada. Tapi, kalau debat yang hanya untuk saling mencari kesalahan orang atau menuduh dan menuding jari, itu memang sesuatu yang tidak baik. Lebih baik dielakkan. Itu pada pandangan ana lah.

Bincang?? bincang kepada perkara kebaikan adalah sesuatu yang digalakkan. Boleh bertukar-tukar pendapat. Tapi kalau berbincang kepada sesuatu yang bukan untuk kebaikan, malah membawa kepada keburukan, itu adalah ditegah. Ini pun pada pendapat ana lah. Tak tahulah orang lain macam mana pula.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Notfah said...

Akhi, nak tanya sikit boleh?? Selalu nya lah kan, kalau bermusafir ke suatu tempat, melebihi 2 marhalah, kita boleh jama' kan sembahyang kan? Jadi, kalau tinggal situ, selama berapa hari saja ye kita boleh buat macam tu?? tiga hari ke lima hari?? Tak termasuk perjalanan pergi dan balik kan?? Ada sedikit percanggahan pendapat dengnan kawan.

sabir said...

relek la setiap dugaan mesti ada rezeki disebaliknya