Bush Di Baling Kasut

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam.
Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran.
Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. - AFP
'kalau org dh benci rasakanlah'..

3 comments:

'Aizat Annur said...

hu3~best tgk video ni..Aku sampai ulang2...ko dah main game kat 'sock and awe'? kat game tu siap ada aksi baling2 kasut bpe byk kena...anyway itu sbg hadiah drp rakyat Iraq yg marah akan penjajahan dan pendudukan tentera asing di Iraq sebelum Bush letak jawatan

'Aizat Annur said...

mus tolong wat entry pasal lagu dr asri yg kena ban kat RTM~aku bukan musuh harta yer...lagu tu ok ntahla knp ko dgr elok2 kat youtube ada...

Umar Furqan said...

bereh..